Friday, June 27, 2008

KETUANAN MELAYU DAN PERLEMBAGAAN DIPERKOTAK-KATIKKAN OLEH MAJLIS PEGUAM

Esok, 28/06/08 jam 9.00 pagi, Majlis Peguam akan mengadakan program debat di Auditorium Majlis Peguam di Jalan Medan Pasar ,Kuala Lumpur (berhampiran Agro Bank). Pembentangan akan berkisar kepada tajuk : "BENARKAH WUJUDNYA KONTRAK SOSIAL" dan "DEBAT KETUANAN MELAYU". Tanpa mengambilkira sensitiviti masyarakat melayu, mereka cuba membawa pendekatan dan konklusi mengikut pandangan mereka sendiri. Maruah bangsa Melayu sudah mula diperkotak-katikkan oleh orang bijak pandai undang-undang bukan melayu. Perlembagaan negara dikesampingkan. Kedaulatan Raja dan Kesultanan Melayu dihina dan diinjak-injak.

Difahamkan bahawa ketiga-tiga pembentangnya bukan Melayu terdiri daripada Dr Mavis Puthucheary, Pensyarah Sains Politik UKM, Dr Kua Kia Soong, Pengarah SUARAM dan seorang peguam, Tommy Thomas. Mereka ini kononnya adalah bersifat liberal dan adil. Apakah hak mereka untuk membincangkan atau mendebatkan perkara tersebut? Apakah yang mereka cuba tonjolkan? Apakah agenda mereka yang sebenarnya? Siapakah dibelakang mereka?

Kita semua tersedia maklum bahawa dalam Majlis Peguam ini kebanyakannya mereka terdiri daripada golongan yang banyak memihak kepada pembangkang. Mereka bertopengkan hak asasi dan memperjuangkan liberalisme. Kebanyakan jawatankuasa tertinggi mereka terdiri di kalangan bukan Melayu. Lantas mereka telah tersedia dengan resolusi dan jawapan sebelum program tersebut berlangsung pun.

Ingin sangat saya lihat apakah bentuk tindakan yang akan diambil oleh Melayu dalam PAS dan Melayu dalam PKR. Ingin saya lihat apa tindakan Peguam-Peguam Melayu dalam mahupun luar Majlis Peguam? Saya ingin juga melihat apa kata penyokong-penyokong pakatan rakyat berbangsa Melayu? Mereka pasti gembira dan akan buat kenduri besar-besaran meraikan penghinaan ini.

Saya yakin bahawa Majlis Peguam kini berani menunjukkan taringnya kerana mereka ada DSAI, Karpal Singh dan Lim Kit Siang. PAS pada pandangan mereka tak penting. Ada tak menambah, tak ada tak mengurang sedikitpun. Tambahan pula mereka melihat PAS sebagai rakan bodoh yang tak wujud dalam pakatan. Hanya layak untuk disuruh lakukan demonstrasi aje. Nak bagitau semua orang supaya tengok melayu tentang melayu.

Saya juga percaya bahawa mereka berani bertindak kurang ajar kerana rakan politik mereka daripada pakatan pembangkang baru dapat memerintah beberapa negeri dan mempunyai 82 wakil rakyat dalam parlimen. Justeru itu, rakan politik mereka akan melindungi dan mempertahankan tindakan mereka.

Sekiranya perkara ini dibiarkan berjalan dan tidak dibatalkan maka akan wujud lebih banyak lagi perdebatan dan perbincangan serta tindakan untuk menidakkan hak dan Ketuanan Melayu. Sedarlah orang Melayu tanpa mengira apa ideologi politik kamu bahawa hari ini orang Melayu disuruh bertelagah sesama sendiri. Sedarlah bahawa mereka dalam pakatan pembangkang dan Majlis Peguam ini bergembira kerana masalah orang Melayu kini dapat dibincangkan oleh mereka. Terbahak-bahak mereka melihat Raja dan Sultan Melayu dihina dan dikeji.

Apakah pandangan tuan dan apakah tindakan tuan?

Oleh: Salza Hedra

Tuesday, June 24, 2008

Tembelang MB Selangor terbongkar


Baru hari minggu lepas, kerajaan negeri Selangor yang diketuai PKR meraikan 100 hari pertamanya, kini kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sudah dipersoalkan oleh ahli-ahli PKR dan juga ADUN-ADUN PKR.

Sebenarnya petanda tidak baik sudah mula timbul semasa perayaan 100 hari yang digembur-gemburkan sebagai meraikan 100 hari untuk kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Perjumpaan yang menjanjikan 100,000 hadirin terasa amat dingin dan sepi. Ia hanya menarik lebih kurang 10,000-15,000 orang saja. Jumlah ini hanya menyerupai perhimpunan Black 14 pada 14 April 14 lalu di Kampung Baru. Mungkinkah cara PKR memonopoli pentas dan perayaan telah menyinggung penggiat-penggiat PAS?

Presiden PAS dan Menteri Besar-Menteri Besar PAS yang diwar-warkan akan hadhir, tidak muncul pun. Dato Dr Hasan Ali yang sepatutnya berucap bersama Lim Kit SIang tidak berucap. Yang jelas kelihatan, hanya bendera-bendera PKR di sana sini.

Kini sudah terdedah wang sumbangan daripada pihak swasta tidak dimasukkan di dalam akaun kerajaan negeri tetapi ke dalam akaun PKR. Pemuda PAS sudah menyuarakan kekecewaan terhadap insiden ini.

Sekarang timbul pula isu terbaru. Perasaan tidak puashati sudah timbul di kalangan penyokong reformasi asal. Menurut mereka Khalid sedang berusaha mengenepikan penggiat reformasi dalam perlantikan ahli-ahli majlisr tempatan.

Perkara ini berlaku ikutan terdedahnya peranan Khalid dalam laporan polis yang dibuat oleh empat ahli PKR terhadap Yahya Saari, pembantunya sendiri. Kini diketahui abang Khalid sendiri, Hajiman Ibrahim yang telah mengarahkan Remy Iskandar membuat laporan tersebut.

Pada sidang akhbar sebelum ini, Khalid menyatakan penyiasatan awal menunjukkan tiada kes. Kenyataan itu pelik kerana seolah-olah Khalid bertindak sebagai jurucakap BPR. Dua hari lepas, Khalid pula mengumumkan Yahya digantung selama dua bulan menunggu penyiasatan siap.

Modus operandi Khalid menyerupai cara lamanya semasa memegang jawatan CEO Guthrie dan di PNB. Seorang penulis di MyKMU mendedahkan Khalid pernah melakukan cara yang sama di Guthrie. Dia memberi tekanan hingga seorang Pengurus terpaksa bukan sahaja berhenti tetapi hingga berhijrah ke New Zealand untuk mencari nafkah bagi keluarganya.

Mungkinkah salahlaku yang menyebabkan Yahya digantung itu arahan Khalid sendiri? Semalam, akhbar Sinar Harian menyiarkan dalam laporan bertajuk, 'Penafian Khalid.'

Yahya yang mengetahui rancangan disebalik tabir Khalid itu telah bertindak. Dia meletakkan jawatan dengan sokongan ramai akar umbi dan pemegang jawatan yang turus tidak berpuas hati cara Yahya digantung.

Semalam, sekumpulan ahli PKR berdemonstrasi di hadapan kediaman rasmi MB di Shah Alam. Mereka menuntut Khalid meletak jawatan. Rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Khalid yang masih mengikut cara pengurusan"self centered" otokratik lamanya mula terbongkar.

Hari ini dengan amalan sama yang telah menyaksikan sebahagian besar pegawai pengasas PNB meninggalkan organisasi itu seolah-olah menjelma lagi ketika di menjadi Menteri Besar Selangor. Ramai yang mengatakan Khalid cemburu terhadap mereka yang lebih cerdik dan bijak darinya.

Masa akan menentukan terbongkarnya secara ketara amalan kronisme Khalid yang telah didedahkan dalam blog A Voice. Dengar khabar rasa tidak puas hati juga dilahirkan masyarakat peniaga Cina berikutan berita persekongkolan Khalid dengan Dato Lim Kim Hong. Sumber boleh dipercayai menyatakan Khalid sedang menghadapai masaalah dengan bank dalam lingkungan jumlah RM1.8 juta. Dia perlu menyelesaikan komitmen tersebut agar ianya tidak menjejaskan jawatannya dalam politik.

Alah bisa tegal biasa. Sebagaimana yang pernah dilakukan, Khalid sedang merancang untuk melencongkan projek dan kontrak kepada rakan baiknya Lim.

Apa pula peranan ahli-ahli korporat ternama di dalam PKR sekarang? Ini pun menjadi isu ditimbulkan oleh akar umbi PKR yang merasakan diri mereka sebagai carpetbagger.

Semalam Yahya telah berjumpa Dato Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan empat mata. Apa yang harus Anwar lakukan? Kita jangan lupa pula kata-kata Anwar semasa berkempen untuk Khalid di pilihanraya kecil Ijok. Dia menyatakan mengenali Khalid lama dan yakin dengan kejujuran dan kebolehannya.

Bagi yang mengetahui dan mengenali Anwar, mereka tidak akan menerima bulat kata-kata Anwar yang sentiasa bercambah dan bercanggah.

Parliament ruling for journalists: The other side of the story

Parliament Deputy Speaker, Wan Junaidi Tuanku Jaafar says the new ruling on journalist in Parliament was decided following the chaotic scenes during the last session of parliament in the lobby.

In the last session, the lounge became a haven for all sorts of demonstrations that upset the Speaker, including one by an NGO representing handicapped people who were upset with Independent MP Ibrahim Ali for belittling wheelchair-bound Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

The lobby was the scene of heckling and shouting when a mob of 30 handicapped persons confronted Ibrahim and demanded that he apologise to Karpal. The lobby was also used by wives of Internal Security Act detainees to hold press conferences to highlight the plight of their husbands and also distribute badges and pamphlets protesting the ISA.
This prompted Speaker Pandikar Amin Mulia to sound out to MPs that the lobby was not the place for these kinds of demonstrations and warned that he would do something about it.

Monday, June 23, 2008

Pemberita boikot lobi Parlimen

Peraturan baru untuk wakil media yang diumumkan pihak pentadbiran Parlimen hari ini seolah-olah menyifatkan wartawan sebagai pengacau.

Berikutan tindakan baru itu para pemberita yang ditugaskan membuat liputan parlimen memutuskan sebentar tadi untuk memboikot peraturan baru tersebut.

Kebiasaannya para pemberita berada di lobi Parlimen sepanjang hari bagi mendapatkan komen dan berwawancara dengan Ahli Parlimen. Tradisi ini dipraktikan sejak puluhan taun lalu.

Berkuat kuasa minggu ini, seluruh kawasan lobi ditutup. Pemberita dilarang masuk dan di minta 'main' jauh-jauh.

Pemberita hanya dibenarkan memasuki kawasan lobi di anatara pukul 1 dan 2.30 tengah hari. Dalam keadaan ini seseorang pemberita mungkin terpaksa menjerit-jerit dan melompat-lompat jika ingin menarik perhatian seorang Ahli Parlimen atau Menteri. Ini, menurut beberapa rakan pemberita yang bertugas di Parlimen, di anggap amat menghinakan.

Terdahulu, pihak pentadbiran Parlimen mensyaratakan hanya lima pemberita dari satu akhbar membuat liputan di Parlimen.

Saya kira tindakan ini lebih bersifat melangkah ke belangkang semasa Kerajaan sedang mengambil sikap lebih terbuka dengan media.

Sunday, June 22, 2008

Putera UMNO shifts into pro-active gear

Putera Umno has entered an agreement with Giatmara entrepreneurial training centre to provide courses for unemployed youths, switching its campaign to help youths away from high-profile activities that serve little purpose.

The movement's chairman Abdul Azeez Abdul Rahim said its members should now direct their efforts at providing human capital by guiding unemployed youths through education and training.He said the wing had decided to stop or reduce highly-publicised activities such as swimming across the Malacca Straits or skydiving over the North Pole.

"In view of the large number of youths who had completed their SPM-level schooling, the movement will provide assistance to those who had failed to gain seats in local universities and colleges," he added.

Putera Umno is targeting about 1,000 such youths in each state to take up technical courses at Giatmara centres throughout the country.

Well, to give credit where credit is due...Bravo! Putera UMNO. But, I just hope it will keep to it in the long haul...

Wednesday, June 18, 2008

Kenaikan harga minyak disengajakan...dunia tidak kekurangan minyak

Pasaran minyak dunia tidak mengalami kekurangan stok atau pengeluaran. Kenaikan mendadak harga bahan api itu palsu semata-mata dan disengajakan.

Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad menyuarakan hakikat ini Selasa lalu ketika berucap di majlis perasmian Sesi Tahunan ke 29 Majlis Menteri-Menteri OPEC di Isfahan, Iran.

Katanya apabila kadar penggunaan jelas berada di tahap rendah berbanding kadar pengeluaran dan pasaran minyak dunia pula dilimpahi stok minyak, fenomena kenaikan bahan tersebut nyata palsu dan disengajakan.

Tambahnya lagi, memang jelas wujud campur tangan anasir-anasir tertentu dalam menentukan harga secara palsu demi untuk tujuan politik dan ekonomi.

Presiden Iran itu mengecam cukai bahan api di kalangan negara-negara pengguna. Menurutnya terdapat perbezaan 'tidak adil' di antara pendapatan negara-negara pengimpot dan pengekspot bahan api.

Iran, negara pengekspot minyak keempat terbesar di dunia telah berkali-kali berkata pasaran dunia sentiasa mempunyai stok minyak mentah yang mencukupi. Negara itu berkata tindakan spekulasi, matawang dolar Amerika yang lemah dan pelbagai faktor geopolitik yang sebenarnya menyebabkan harga minyak menjulang.

Pada Selasa lalu harga minyak mentah kembali stabil setelah hampir mencecah AS$140 sehari sebelum itu apabila para pedagang didapati tersepit di antara matawang dolar yang lemah dan jangkaan bahawa Arab Saudi akan menambah pengeluaran tertinggi.

Iran telah berkali-kali menegaskan tidak perlu bagi OPEC merancakkan meningkatkan pengeluaran hanya berdasarkan keperluan Amerika Syarikat dan lain-lain negara pengguna besar.

Ahmadinejad selanjutnya berkata kejatuhan nilai dolar dan kenaikan harga minyak sebenarnya dua isu yang diutarakan sebagai penyebab keadaan tidak menentu ini.

Beliau juga menegaskan sekali lagi supaya minyak diniaga menggunakan matawang selain dolar Amerika. Bagaimanapun, cadangannya itu gagal meyakinkan negara-negara ahli OPEC, kecuali Venezuela. Rasional Ahmadinejad ialah berdasarkan kejatuhan nilai dolar Amerika sebagai di anatara masalah utama dunia.

Campuran pelbagai matawang dunia atau pengwujudan matawang baru oleh OPEC untuk perdagangan minyak, menurutnya, patut menjadi asas kepada proses transaksi bahan itu.

Ahmadinejad menyuarakan sokongan kepada cadangan Presiden Venezuela Hugo Chavez yang anti Amerika supaya OPEC menubuhkan sebuah bank untuk bertindak sebagai pengimbang kepada pengaruh Amerika Syarikat di dunia. Beliau juga mengessa supaya diadakan bursa minyak.

Iran yang sedang menghadapi krisis dengan Barat berikutan program nuklearnya, telah sejak dua tahun lalu meningkatkan kadar penjualan minyak berdasarkan matawang selain dolar Amerika. Dolar Amerika yang lemah semakin menghakis daya pembelian negara itu.

Ahmadinejad yang menganggap dolar Amerika sebagai kertas yang tidak berharga, membayangkan bahawa sebahagian daripada kemerosotan matawang tersebut disengajakan tanpa menyebut nama mana-mana negara.

Katanya, para penasihat dan perancang kuasa-kuasa besar sedang giat mengurangkan nilai dolar. Telah begitu lama mereka menyalurkan inflasi dan masalah ekonomi mereka ke negara-negara lain dengan cara menyuntik masuk matawang dolar Amerika tanpa sebarang sokongan kepada ekonomi global.


 

Don’t seek to destroy Petronas, our pride

From The Star

SO much has been said and written about Petronas that are unnecessary and even hurtful to the feelings of its staff.

From the price of petrol to other operational matters like Formula One, Malaysian Philharmonic Orchestra and, just recently, a call to make Petronas' annual report public.

Doesn't anybody understand that Formula One and Philharmonic Orchestra are about branding and serve the purpose of enhancing our international marketing? If we had invested US$100mil in any of them, the returns have been multi-fold.

This company was formed in 1974 and contributed hundreds of billions in revenue to the Malaysian Government and a few state governments.

The company has remained solid and, globally, we are present in more than 30 countries. We are a big brand loved by many business partners because of our excellent management and investment successes.

As a staff of Petronas, I may not be better paid than the staff of other oil companies, but as a Malaysian, I am so proud to contribute my services to my beloved country.

Regarding a call for Petronas to also reveal publicly its trade secrets in the form of business plans and strategies, this can be so detrimental to the well-being of Petronas. It would serve only to benefit our competitors.

AN ANGRY PETRONAS STAFF

HARGA MINYAK DIMAINKAN OLEH SPEKULATOR YAHUDI


Pengarah Urusan MAS, Idris Jala menyatakan harga minyak dunia sebanyak USD$135 tidak realistik. "Krisis ini angkara segelintir spekulator saham minyak pasaran hadapan yang akhirnya menyebabkan berlaku pengurangan bahan itu".

Idris menyatakan ada dua cara untuk mengetahui bagaimana bekalan minyak kurang.

"Pertama, lihat kepada kapal pengangkut minyak di laut, kalau hanya terapung di laut sahaja, itu bermakna tiada proses minyak dan pengangihan minyak berlaku. Jika sebaliknya, maka bekalan minyak mencukupi".

"Kedua, pergi ke stesen minyak. Jika ada barisan panjang, itu bermakna ada kekurangan minyak. Sekali lagi, perkara ini tidak berlaku. Ini bermakna bekalan minyak mencukupi".

"Sebagai bekas pekerja dalam industri minyak saya tahu tidak berlaku kekurangan bekalan minyak". Idris sebaliknya berkata penyebab berlakunya keadaan sekarang ini ialah para penganalisis dan syarikat-syarikat kewangan yang membuat kenyataan bahawa bekalan minyak berkurangan. Mereka ini sebenarnya terdiri daripada pedagang dan pelabur saham minyak. Bila ditanya berapakah harga minyak yang sepatutnya, Idris berkata harga sebenar tanpa spekulasi ialah USD$40.

Idris berkata dia tidak mempercayai ada spekulator yang meniagakan saham secara atas angin.

Idris adalah bekas Eksekutif Kanan Shell di London dan The Hague selama hampir 20 tahun. "Semasa di Shell, ada spekulator cuba memujuk bos saya supaya membeli saham Enron (sebuah syarikat minyak Amerika), tetapi saya memberitahu bos saya agar menolaknya kerana kita akan melakukan transaksi (saham) yang tidak boleh disentuh secara nyata".

Tindakan Idris itu tepat kerana Enron adalah syarikat minyak yang mengejutkan dunia 4 tahun lalu apabila ia tersungkur dan menghadapi masalah penipuan akaun kewangan yang besar. (Sumber : "Idris: There's No Global Fuel Shortage", The Star, 5 Jun 2008)


Analisis: Ini menunjukan para spekulator sekali lagi menjadi penyebab krisis kenaikan harga minyak dan makanan. Strategi ini sudah jelas tertulis dalam Protokol Ke-3. Sepuluh tahun lalu spekulator matawang seperti George Soros telah membuat angkara di bursa saham Malaysia dan beberapa buah negara Asia. Pada 1998, mereka mengikuti apa yang tertulis dalam Protokol 20 Zionis. Dan pada 2008, sekali lagi mereka menyerang, kali ini minyak dan makanan.

Apakah kita boleh mempercayai Yahudi seperti Soros tidak terlibat sekali lagi lagi sekarang ini ?

Trendnya nyata, menerusi tindakan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan, kita akan hanya menyokong tindakan halus zionis itu. Kita akan hanya memudahkan mereka bertakhta di bumi Malaysia melalui percaturan agen-agen mereka yang sentiasa melaungkan agenda 'kebebasa,' 'ketelusan' dan Islam moderat yang sebenarnya alat paling berkesan menggugat dunia Islam.

Demi UMNO, dengarlah suara cawangan...

Menjelang bulan depan segala mata dan telinga akan tertumpu kepada mesyuarat-mesyuarat UMNO cawangan yang dijadual bermula.

Ini adalah detik-detik yang amat menerujakan. Apa tidaknya dengan puluhan ribu cawangan UMNO dijangka menyuarakan suara hati seluruh ahli UMNO, terutama dalam keadaan begitu mencabar seperti sekarang ini..

Cawangan adalah denominasi paling kecil dalam hirarki UMNO dan dengan lebih 3.5 juta ahli, suara hati yang akan terpancar daripada mesyuarat cawangan tidak sepatutnya dipandang rendah.

Sehingga kini cawangan-cawangan UMNO tidak mempunyai suara terus untuk mempengaruhi pucuk pimpinan UMNO negeri atau pun UMNO pusat. Oleh sebab mereka tidak dapat mengemukakan pencalonan, cawangan boleh menyuarakan pilihan menerusi resolusi khas kepada UMNO bahagian yang akan mengadakan pemilihan tersendiri pada Oktober depan.

Berdasarkan hakikat realiti tersebut, kali ini para pemimpin parti, terutama mereka yang menganggotai Majlis Tertinggi akan lebih menumpukan perhatian kepada pemilihan di peringkat cawangan dengan memantau dan meneliti apa jua mesej yang ingin disampaikan kepada ketua-ketua parti.

Dan kali ini juga seluruh cawangan UMNO lebih menyedari kuasa di tangan mereka dan cara untuk didengar dan menyampaikan segala apa yang tersirat dan diinginkan.

Thursday, June 12, 2008

Minyak : Anwar hanya menjanjikan kemusnahan...

Tindakan menunjuk perasaan dan mengadakan demonstrasi jalanan membantah kenaikan harga minyak sebenarnya sebahagian daripada percaturan politik pembangkang...mana-mana parti politik yang memimpin kerajaan di dunia pun terpaksa berhadapan dengan isu kenaikan harga barang, termasuk minyak di saat ini.

Jangan kita terpedaya dengan rancangan Anwar dan Tian Chua untuk menangguk di air keruh! Apa yang berlaku sekarang adalah fenomena global.

Kita tidak mahu negara ini muflis dan matawang ringgit langsung hilang nilainya apabila minyak kehabisan dalam masa 10 atau 20 tahun akan datang...atau mungkin lebih awal jika kita memilih formula Anwar.

Kini masanya untuk kita berhadapan dengan realiti dan berhenti daripada didorong oleh sindrom penafian yang dicetuskan Anwar bagi kepentingan agenda politiknya.

Kita juga perlu berhenti daripada membazir minyak – kita boleh melakukannya jika dicuba, bukan sekadar untuk kepentingan poket sendiri tetapi juga untuk kepentingan masa depan anak-anak kita.

Dan bagi mereka yang sentiasa mempersoalkan tentang status Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar minyak, apa kata kita melihat kepada Amerika Syarikat dan United Kingdom – kedua-duanya negara pengeluar minyak. Mereka tidak terkecuali daripada tindakan menaikan harga minyak beberapa kali seiring negara-negara lain di dunia.

Mempercayai dan mengikuti agenda Anwar hanya akan menjanjikan kemusnahan...

Monday, June 9, 2008

Hadapilah realiti ekonomi...

Komen Blogger: Saya rasa terjemahan oleh saya artikel dalam bahasa Inggeris oleh Mohd Hafiz Noor Shams yang tersiar dalam The Malaysian Insider ini akan memanfaatkan di antara kita yang masih kabur mengenai realiti kenaikan harga minyak sekarang ini

"Setelah bertahun-tahun cuba menampal kebocoran di sana-sini pada dinding yang tidak sempurna, ia tidak lagi mampu menahan tekanan yang begitu kuat. Dinding itu tidak sepatutnya berada di situ daripada mula lagi. Akibatnya kini ialah realiti yang kita sedang hadapi.

Pelbagai reaksi timbul berikutan penarikan subsidi minyak baru-baru ini. Kita mendengar suara-suara lantang dijalanan menyalahkan pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi kerana kononnya salah-menguruskan ekonomi negara. Tuduhan ini amatlah tidak adil dan tidak kena pada tempatnya. Jika dilihat dari perspektif lain, pengurangan kadar subsidi sebaliknya akan menguntungkan masyarakat secara jangka panjang.

Sememangnya ada sejarah di sebalik tuduhan in. Sejarah yang bermula sejak sebelum 5 June lagi.

Kos kehidupan yang lebih tinggi antara sebab yang dikaitkan dengan kehilangan banyak sokongan dan undi Barisan Nasional ke tangan Pakatan Rakyat pada 8 Mac. Dalam usaha meyakinkan pengundi memilih calon-calon Pakatan, Anwar Ibrahim telah mencadangkan penurunan harga runcit minyak seperti pada tahun 90an.

Walaupun sekadar retorik, saya tidak yakin kerajaan PR akan dapat menaikkan saiz subsidi tanpa menggugat ekonomi ketika harga sebenar minyak mentah berada pada tahap paling tinggi dalam sejarah. Pendek kata pendekatan yang dicadangkan PR hanyalah berdasarkan cakap kosong ingin popular tanpa mengambil kira hakikat sebenar ekonomi.

Setakat ini, rakyat Malaysia agak bernasib baik kerana jika diperhatikan dari satu sudut kita sebenarnya terlindung daripada realiti buruk di luar sana. Perisai subsidi yang kita nikmati selama ini sebenarnya amat mahal dan satu cara tidak bijak untuk membelanjakan sumber-sumber berharga yang kita miliki selama ini.

Daripada menggalakkan penggunaan cara ini, adalah lebih baik digunakan sumber-sumber ini bagi membina keupayaan, terutama dalam pendididkan dan penyelidikan. Usaha yang lebih intensif perlu disalurkan ke arah kaedah-kaedah untuk membaiki ekonomi. Pemberian susbsidi tidak mampu melakukan semua ini dan sebaliknya hanya melambatkan pencapaian ke arah matlamat mencari sumber lain daripada minyak dengan cara yang amat mahal.

Walaupun bernasib baik, saya kira kita masih tidak mampu mendapatkan pengajaran daripada sejarah. Kita pernah berada di tahap ini dan sememangnya ada perkara yang boleh dipelajari. Pada tahun-tahun 1970an dan awal 1980an, harga minyak mentah yang tinggi telah menggalakkan penjimatan minyak. Dengan kejatuhan permintaan berikutan peningkatan kesedaran di kalangan pengguna yang disokong amalan jimat cermat, harga minyak turun mendadak dan terus berada di paras rendah hingga 2003.

Saya yakin dengan pelaksanaan dasar proaktif, perubahan struktur yang membawa kepada harga bahan api yang rendah boleh berlaku lagi. Apa yang perlu di sini ialah dasar yang sesuai seperti penghapusan subsidi minyak.

Subsidi yang kita nikmati selama ini sebenarnya mengaburi kos sebenar penggunaan dan masalah-masalah berkaitan seperti pencemaran udara dan penggunaan berlebihan. Penggunaan berlebihan, terutamanya, akan menaikkan harga daripada apa yang sepatutnya berlaku dalam pasaran bebas.

Dengan segala-galanya dikaburi, memang payah untuk menangani sebarang masalah ekonomi. Ia seperti sebuah generator yang diletak di belakang dinding kalis bunyi – kita tidak akan dapat mendengar bunyi bising yang dkeluarkan. Tanpa mengambil kira keadaan sebenar generator tersebut, ia terus menjana tenaga untuk kegunaan kita dan memberikan persepsi seolah-olah semuanya ok belaka, walhal sebenarnya tidak.

Kita mendapat keuntungan tetapi kita tidak membayar kosnya. Ini membawa kepada ketidaksepadanan antara kos dan 'keuntungan' yang kita perolehi. Dan apabila akhirnya kita merasakan sesuatu yang tak kena, segala-galanya sudah terlambat untuk dipulihkan. Subsidi ialah dinding yang dimaksudkan tadi – ia menahan sebarang isyarat yang sepatutnya sampai ke pengetahuan kita untuk ditangani.

Sebenarnya Malaysia tidak bersendiri dalam tindakan menghapuskan dasar subsidi minyak. Indonesia juga sehaluan dengan Malaysia sementara India dan Taiwan mengikut jejak yang sama.

Tidak mungkin keempat-empat negara bersekongkol untuk menyukarkan kehidupan rakyatnya. Juga tidak masuk di akal jika dikatakan keempat-empat negara ini tidak cekap menguruskan ekonomi masing-masing. Sebenarnya banyak negara di dunia sedang berusaha menstruktur semula kos subsidi minyak.

Satu lagi persoalan yang sering ditimbulkan : Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar minyak, kenapa rakyatnya perlu membayar harga runcit begitu tinggi? Sekali pandang jawapan kepada soalan ini menjurus kepada penyelesaian yang mudah, tetapi yang bertanya jelas tidak memahami selok-belok ekonomi. Cuba fikirkan: dengan harga minyak yang begitu tinggi, apakah kita perlu menggunakan bahan api itu seolah-olah ia tidak berharga atau sebaliknya menjual di pasaran dunia untuk membolehkan kita membiayai program pendidikan lebih mantap, pembangunan infrastruktur yang menawarkan jaminan kepada pembangunan ekonomi dan juga, jika kita mampu, mewujudkan satu keadaan ekonomi yang kukuh?

Kenaikan harga minyak adalah satu fenomena global dan pentadbiran Abdullah Ahmad Baadawi tidak mempunyai kuasa untuk menentukannya. Samada kita mahu mempercayainya atau tidak, kerajaan di serata dunia kini berada di bawah kuasa telunjuk yang tidak dapat dilihat.

Menyalahkan pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi sebagai punca kenaikan harga minyak bermakna membelakangi realiti di luar sana. Seseorang yang ikhlas tidak akan menuding jari tetapi sebaliknya lebih berminat untuk merumuskan dasar terbaik untuk menyesuaikannya dengan keadaan dunia masakini.

Harga minyak dunia yang lebih tinggi memerlukan perubahan pada struktur ekonomi kita dan langkah pertama ke arah matlamat itu ialah dengan menerima hakikat minyak mentah tidak lagi murah seperti mana pada tahun-tahun 1990an.

Tindakan terus-menerus mempertahankan dasar subsidi hanya melambatkan perubahan yang perlu dilakukan. Dalam konteks ini lagi cepat kita menyedarinya, lebih bersedia kita untuk menghadapi masa akan datang. Kini tiba masanya bagi kita bertindak secara rasional dan proaktif dan bukan sekadar menyapu sampah ke bawah permaidani, iaitu dengan mengamalkan dasar yang lapuk. Dunia sudah berubah.

Di Malaysia kita sentiasa mendengar ungkapan-ungkapan sinis bagaimana kita memiliki infrastruktur bertaraf dunia pertama tetapi minda bertaraf dunia ketiga. Nah, krisis yang berlaku sekarang peluang baik bagi kita membuang dasar-dasar dunia ketiga dan menggantikannya dengan dasar-dasar dunia pertama.

Dalam pada itu kerajaan Malaysia menghadapi defisit. Ini bermakna kita semua berhutang dengan seseorang. Kita perlu mencari jalan untuk membayar segala hutang-hutang itu.

Bagaimanapun, dengan terus menyokong subsidi minyak, kita sebenarnya tanpa berfikir panjang seolah-olah menggunakan kad-kad kredit kita secara bebas untuk membiayai perbelanjaan makanan dan minyak tanpa melabur untuk masa hadapan. Bagaimana akan kita langsaikan hutang-hutang itu jika kita terus-menerus membelanjakan segala sumber kita dengan begitu boros dan rakus? Apakah kita akan mewariskan segala hutang kepada anak-anak kita?

Saya, sekeras-kerasnya kata tidak. Kita lebih bertanggung-jawab daripada itu."

Sunday, June 8, 2008

Songkok : DAP terus berdegil...

ADUN DAP di Johor terus menghadapi dilema samada akan memakai atau tidak memakai songkok semasa majlis perasmian Dewan Undangan Nedgeri Johor pada 19 Jun ini.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP telah mengarahkan mereka supaya tidak memakai songkok, sementara mereka sendiri berasa janggal kerana istiadat yang akan di hadiri Sultan itu semestinya perlu mematuhi protokol terutama sekali apabila berhadapan dengan Raja.

Apakah sebenarnya rasional di sebalik arahan CEC itu? Mereka seolah-olah sengaja mencabar institusi Raja di Johor secara terbuka.

Inilah yang dikatakan sikap keras kepala yang sengaja mencari penyakit...sikap yang boleh mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat Melayu dan istana Johor.

Di sini kita dapat melihat betapa biadab agenda dan pendirian DAP.

Monday, June 2, 2008

Pengurangan biasiswa Bumiputera hak Yang Di Pertuan Agong

Menteri di jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan JPA akan menaikkan peratusan biasiswa pelajar bukan bumiputera dari 10 peratus ke 43 peratus.

Pengumuman dibuat dalam perbahasan perbekalan tambahan 2008 dimana JPA akan mendapat pertambahan RM60 juta di Parlimen.

Sebagai seorang peguam, Ahli Parlimen dan Menteri , adakah Nazri memahami apa dimaksudkan pada Artikel 153 berkenaan Hak Keistimewaan orang Melayu?

Kuasa [sic] untuk melaksanakan artikel ini adalah di bawah kuasa Raja-Raja Melayu. Artikel ini adalah antara artikel-artikel yang perlu dipersetujui dalam quid pro quo sebagai persetujuan untuk menganugerahkan kerakyatan kepada bukan Bumiputera pada Ogos 31hb, 1957.

Apakah Nazri menyedari implikasi tindakannya sebagai Menteri di JPM ini?

Apakah orang Melayu sudah sedia dan berupaya menerima semua ini tanpa bangkangan?

Inilah di antara agenda Melayu yang perlu perjuangkan segera oleh UMNO. Jika tidak UMNO siapa lagi?

Ezam dan integriti (nya)

Masyarakat Malaysia hari ini ingin tahu sama ada pemimpin-pemimpin mereka (masakini dan masa hadapan) terdiri daripada golongan yang berintegriti.

Merujuk kepada apa yang telah didedahkan oleh rakannya, Lokman Adam, kualiti itu jelas amat kurang ada pada diri Ezam.

Apakah ini bermakna jika seseorang itu memilih politik sebagai profesion atau kerjayanya, ini pasti akan berlaku? Rasanya orang yang ikhlas tidak mungkin menggunakan politik untuk kepentingan peribadi...