Bukan saja V.K. Lingam, Majlis Peguam juga pernah melobi orang mereka untuk menjadi Hakim.
Gopal Sri Ram semasa menjadi Hakim Mahkamah Rayuan turut diketengahkn oleh Majlis Peguam sebagai Presiden Mahkahmah Rayuan. Beliau secara peribadi telah mencuba dua kali untuk bertemu dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi gagal dan permohonan temu janjinya pun ditolak.
Seorang Setiausaha Politik Tun Mahathir ketika itu yang mantan pengamal undang-undang pernah diundang oleh Pesuruhjaya Tinggi Britain, Bruce Cleghorn ke kediaman rasminya di Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur, untuk makan malam. Setibanya disana didapati seluruh Exco Majlis Peguam hadir sama dan masing-masing mempunyai calon untuk diketengahkan sebagai Ketua Hakim Negara, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Borneo & Presiden Mahkamah Rayuan.
Nampaknya Exco Majlis Peguam sendiri mengamal amalan 'melobi' atas apa jua alasan. Majlis Peguam sekarang jelas telah dipengaruhi oleh sistem nilai Barat serta agen-agennya untuk menghasut rakyat.
Sebagai kesimpulan, Majlis Peguam sebenarnya wajar dipersalahkan sekiranya keyakinan ke atas Badan Kehakiman menurun. Ini adalah kerana personaliti dalam NGO eksklusif dan elitis itu sendiri "mengata dulang,paku serpih..." atau bidalan Inggerisnya "pot calling the kettle black!".