Wednesday, January 28, 2009

Mansuh semua sayap UMNO?...


Tengku Rithaudeen -"Saya fikir perlukah ada Puteri dan Putera kerana lagi ada Puteri dan Putera banyak lagi main (guna) duit."


Walaupun politik wang (atau lebih tepat lagi, rasuah) amat membimbangkan dalam usaha untuk membangkitkan kembali keutuhan UMNO, saya kira tak payah disarankan supaya sayap muda Puteri UMNO dan Putera UMNO dimansuhkan. Ini bukan caranya.

"Marahkan nyamuk, kelambu dibakar" tidak boleh diambil pakai. Seperti jugalah dalam perang habis-habisan ke atas wabak denggi yang berlaku sekarang. Bagaimana tindakan perlu di ambil ke atas mereka yang enggan patuh kepada peraturan supaya dibersihkan sekitar kawasan kediaman, kilang dan sebagainya, begitu jugalah usaha pesat pembersihan perlu disokong oleh semua pihak dalam UMNO tanpa mengambilkira sayap. Ia perlu menjadi komitmen yang ikhlas dan bukan sekadar sandiwara. Keikhlasan boleh dicetuskan apabila kita bertanyakan kepada suara hati sebagai seorang Islam...bukankah mungkin segala negatif yang berlaku dalam UMNO sekarang ini amaran Allah?

Dan jika ia amaran, apa kata kita berusaha melakukan sesuatu berpandukan iktibar?

Yang penting di sini ialah individu itu sendiri. Kita tepuk dada dan tanya selera. Sikap pincang individu yang patut dibanteras dan bukan mencantas sekali pucuk sihat yang jelas berpotensi untuk tumbuh segar sekiranya dibelai dan dipupuk dengan penuh komitmen.

Rasional Tengku Rithaudeen keterlaluan, tetapi jika disorot di sebalik maksud nyata itu, kita akan mendapati satu mesej yang begitu positif. Satu mesej yang mencabar seluruh ahli Putera dan Puteri UMNO supaya berusaha lebih kuat untuk membuktikan tahap integriti masing-masing...apa sumbangan anda kepada misi mulia ini?

Kecaman, kritikan balas yang reaktif tidak sepatutnya menjadi modal sebagai reaksi saranan Tengku Rithaudeen.

Monday, January 26, 2009

Lompat parti di Bota...dah jangka Anwar naik tocang..


Memamg benar seperti kata Big Dog dalam blognya, 'The Thirteen Million Guy Rambles', bekas banduan dan kini ketua pembangkang di Dewan Rakyat (walaupun bukan sebenarnya ahli mana-mana parti buat masa ini), Anwar Ibrahim telah sejak awal lagi dijangka akan naik tocang.

Apabila ADUN Bota melompat masuk PKR dari UMNO, fius anarkismenya terus tercantum, lantaran dia tanpa teragak-agak mengapi-apikan keadaan berkaitan insiden tersebut...dan seperti biasa dia akan membuat pelbagai pengumuman dan kenyataan carpe diem untuk menarik perhatian kepada dirinya...

Tuesday, January 20, 2009

Karpal Singh paling fobia dan takut hudud & qisas


Karpal Singh paling fobia dan takut berhubung undang-undang hudud dan qisas.

Pergolakan antara Pengerusi DAP itu dan PAS menandakan permulaan kepada keretakan dalam Pakatan Rakyat.

Karpal dibayangi 'ketakutan' mengenai pelaksanaan hukum Islam itu. Sejak dulu lagi bila timbul isu hudud, si Karpal ni melenting bukan marah tetapi sebenarnya ketar lutut...mengapa, ya?

Penganalisis berpendapat mungkin ahli politik veteran yang begitu cetek pemahaman mengenai undang-undang Islam. Dia hanya mengertikan hudud sebagai hukuman potong tangan...lantaran membuatkan dia tak boleh terima undang-undang tersebut.

Isu hudud timbul semula pertengahan bulan lalu sehingga menjadi antara bahan kempen dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang berakhir Sabtu lalu.

Thursday, January 15, 2009

Cerita lama menghantui Anwar...


Malam yang dinanti-nantikan telah berlangsung dengan penuh saspens malam tadi! Seperti yang dijanjikan, Ezam Mohd Nor kembali ke K Terengganu untuk membongkar surat "rayuan" Anwar Ibrahim kepada Mahathir bertarikh 8 September 1998……

Ceramah yang penuh kemeriahan ini berlangsung di Markas BN Kampung Kubang Parit, DUN Wakaf Mempelam kubu kuat PAS Terengganu. Amat menakjubkan sekali apabila kehadiran lebih kurang 3,000 orang dalam ruang halaman yang agak sempit dan diberitakan jalan masuk ke tempat ceramah terpaksa ditutup kerana penuh sesak dengan banyak kenderaan, ramai yang pulang hampa kerana tidak berjaya masuk ke tempat ceramah…

Program malam tadi telah mula dipanaskan oleh beberapa penceramah barisan bekas pimpinan Keadilan seperti Hamidzun Khairuddin, Lokman Adam, Gani Haroon, Zahid Mat Arip dan Hamdan Taha.

Akhirnya kemunculan Ezam telah mengubati penantian ribuan hadirin yang bersesak sesak di markas BN Kubang Parit. Ezam telah membacakan surat yang cuba dikirimkan oleh Anwar kepada Mahathir pada 8 September 1998 [teks penuh surat ada di dalam posting ini].

Disini jelaslah bahawa Ezam berjaya membuktikan betapa MUNAFIKnya manusia durjana bernama Anwar Ibrahim. " Pada hari sebelumnya, Anwar telah caci maki Mahathir, mengajak rakyat yang menyokongnya untuk menentang Mahathir, tetapi dalam senyap, dibelakang penyokong-penyokongnya, terutamanya parti PAS, Anwar telah menulis surat merayu kepada Mahathir, mahu berdamai…" tegas Ezam.

Atas dasar prinsip, Ezam turut mencabar PAS membuat pendirian sekiranya mereka benar benar sebuah parti islam, apakah mereka mahu mengangkat Anwar sebagai pemimpin nombor satu walaupun terbukti sifat munafik Anwar sememangnya beliau adalah Pembohong Nombor Satu Negara….


 

Dipetik dari blog AIDC

Monday, January 12, 2009

P 36 KUALA TERENGGANU : MEMILIH WAKIL RAKYAT ATAU AHLI PARLIMEN ?


 

Pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu pada Januari 17 nanti merupakan satu amalan demokrasi yang memerlukan para pengundi di Kuala Terengganu membuat keputusan bijak tanpa dipengaruhi sentimen parti.

Ini premis penting tidak kira samada mereka memerlukan seorang Wakil Rakyat atau ADUN yang baik atau seorang Ahli Parlimen.

Yang nyata keputusan pilihanraya kecil itu nanti tidak akan mengubah status quo pentadbiran yang dikuasai BN setelah kekal menguasai parlimen dengan majoriti besar walaupun kurang lapan kerusi untuk mendapat majoriti dua per tiga. Apatah lagi di peringkat negeri dimana BN menguasai semua kerusi DUN, sementara PAS hanya mendapat 4 kerusi termasuk Wakaf Mempelam yang di wakili oleh Wahid Endut. Wahid dipilih oleh PAS secara kebetulan untuk berdiri sebagai calon bagi pilihanraya P36 Kuala Terengganu.

Walaupun ada orang yang berangan tinggi kononnya jika pembangkang menang , hasrat untuk menjadi Perdana Menteri semakin hampir.

Baginya ini impian melangit tetapi jika tercapai akan menjadi igauan buruk bagi negara dan rakyat. Setakat ini apa yang nyata cita-cita itu hanya kekal sebagai angan-angan Mat Jenin atau Mat Lebong - retorik yang tidak lagi boleh diterima rakyat waras di Malaysia.

Terdapat banyak perbezaan di antara Kuala Terengganu dan Permatang Pauh dari segi sikap pengundi yang sukar dibaca dan sentiasa berubah-ubah mengikut selera. Bagaimanapun, yang jelas mereka bijak membuat pilihan tanpa dipengaruhi oleh orang luar. Kebanjiran orang luar sekadar melonjakkan hasil pendapatan jualan nasi dagang, keropok lekor, batik dan juga songket di kalangan perwakilan UMNO dan calon-calon MT pada Mac nanti.

Menurut rekod, sejak pilihanraya pertama pada 1959 hingga PRU 12, kedua-dua parlimen Kuala Terengganu dan Permatang Pauh sama-sama diwakili pembangkang sebanyak 5 kali dan dimenangi Perikatan/BN sebanyak 7 kali.

Sebelum 1974 masing-masing dikenali sebagai Kuala Terengganu Selatan dan Seberang Prai Tengah. Bagaimanapun pada pilihanraya umum 1974 masing-masing ditukar kepada Parlimen Kuala Terengganu dan Parlimen Permatang Pauh.

Parlimen Kuala Terengganu pernah diwakili Allahyarham Dato Onn Jaafar dari Parti Negara pada 1959. Pada 1969 ia jatuh ke tangan PAS yang diwakili oleh Allahyarham Daud Samad. Pada 1977 kawasan itu diwakili oleh Mustafa Ali selepas keluar dari BN, dan diikuti Dato Manan Osman dari Semangat 46 pada 1990 dan Syed Azman pada 1999.

Parlimen Permatang Pauh pula memperlihatkan penguasaan keluarga Anwar Ibrahim yang bermula dengan ayahnya Dato Ibrahim Abdul Rahman dari 1959 hingga 1964, Mustafa Husin dari Parti Gerakan pada 1969, diikuti Haji Ariffin Daud 1974 dan dirampas kembali oleh calon PAS Haji Zabidi pada 1978.

Dari PRU 1982 hingga 1999 kerusi Parlimen itu dipegang Anwar kecuali pada 1999 apabila disandang sementara oleh isterinya Wan Azizah. Pada Ogos 2008 kerusi itu dirampas Anwar daripada isterinya sendiri dalam keghairahan untuk ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri. Malangnya tindakannya yang tidak bertamadun dan di luar batasan demokrasi itu bukan saja tidak di sokong beberapa Ahli Parlimen yang cuba disogok, malahan juga ramai Ahli Parlimen dari partinya sendiri. Mereka menentang tindakan bodoh itu walaupun dengan angkuh dia mendakwa pada media asing termasuk CNN dan Al Jazeera, kononnya sudah mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Yang anihnya ramai mereka dari DAP, PAS dan PKR yang berkelulusan undang-undang dan profesional bercakap tentang ketelusan, kebebasan, integriti dan lain-lain sanggup bersekongkol dengan seorang pemimpin yang lebih 16 tahun dalam kerajaan tetapi hanya pandai bercakap tanpa membawa sebarang kemajuan dan pembangunan di kawasannya, Permatang Pauh, tetapi sebaliknya menuduh kerajaan BN gagal membangunkan kawasan itu.

Kemampuan Wahid Endut mempertahankan DUN Wakaf Mempelam selama lima penggal berturut-turut membuktikan betapa popularnya Cikgu Wahid sebagai Wakil Rakyat atau ADUN.

Dengan peribadi warak, mudah bergaul dengan masyarakat, mendengar rintihan mereka walaupun tidak mampu diselesaikan, sering hadir di majlis-majlis kenduri kahwin, tahlil, majlis berkhatan dan berada 360 hari setahun di DUN berkenaan menjadikannya orang paling sesuai sebagai ADUN Wakaf Mempelam. Boleh dikatakan nampak muka Cikgu Wahid pun sudah cukup walau pun longkang mereka tersumbat, atap rumah bocor, dan tidak ada jalan tar. Ini kerana segala kemudahan asas seperti masjid, sekolah, dewan orang ramai, dan peluang anak mendapat pendidikan disediakan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang memerintah. Jadi, tak kiralah…walaupun kerja Cikgu Wahid hanya sekadar memberi senyuman, singgah di kedai kopi, singgah di wakaf, dan tengok pemuda main bola, yang penting Cikgu Wahid ada di kawasan Wakaf Mempelam setiap hari dalam setahun.

Begitu jugalah popularnya Dato Arif Shah sebagai ADUN Seberang Jaya. Walaupun calon-calon DUN lain kalah, mereka masih menang kerana seperti Cikgu Wahid, Dato Arif Shah juga mudah mesra dengan rakyat, pemurah dan boleh bertutur dalam loghat Cina setempat. Pendek kata, hampir 360 hari setahun dia boleh ditemui rakyat yang diwakilinya atau mereka boleh ke pejabat untuk menjemputnya menghadiri kenduri kahwin, berkhatan atau apabila berlaku kematian, Wakil Rakyat mereka, Dato Ariff, seperti juga Cikgu Wahid akan muncul disebarang

majlis tanpa banyak soal. Tambahan pula Dato Arif Shah dari keluarga berada. Dia mampu menjaga DUN dengan baik tanpa mengharapkan kerajaan DAP Pulau Pinang, Ahli Parlimen atau Ketua Pembangkang di Parlimen yang tidak mampu berbuat apa-apa selain berkokok berderai derai sedangkan ekor bergelumang tahi . Ringkasnya, Wakil Rakyat di DUN tidak perlu orang yang mampu membincangkan isu-isu nasional dan antarabangsa di Parlimen; cukup sekadar menjadi Wakil Rakyat yang mesra dan rapat dengan rakyat seperti apa yang dilakukan oleh Cikgu Wahid dan Arif Shah sekarang.

Ahli Parlimen, terutama yang mewakili parti yang memerintah memerlukan sifat-sifat agak berbeza bukan sahaja dari segi kelulusan akademik yang baik sebagai prasyarat utama tetapi juga mesti mempunyai ciri-ciri kepimpinan untuk menjadi pemimpin di peringkat pusat.

Rekod menunjukkan Ahli-Ahli Parlimen Kuala Terengganu seperti Dato Manan pernah dilantik menjadi Menteri, Dato Bakar Daud sebagai Timbalan Menteri, Allahyarham Dato Razali sebagai Timbalan Menteri, Dato Mustafa Ali yang juga sempat menjadi Setiausaha Parlimen semasa PAS di dalam BN tetapi kembali sebagai pembangkang bila PAS keluar BN pada 16 Disember 1977, tetapi sekurang-kurangnya pernah juga merasai nikmat menjadi pemimpin kerajaan. Begitu juga Dato Zubir Embong yang pernah dilantik menjadi Pengerusi Bank Simpanan Nasional.

Pendek kata sekiranya Ahli Parlimen BN menang di P36, sekurang-kurangnya jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri dijanjikan oleh TPM Dato Seri Najib diberikan kepada Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru. Begitu juga seperti yang berlaku kepada Wakil Rakyat Permatang Pauh di mana Dato Ibrahim pernah dilantik menjadi Setiausaha Parlimen dan anaknya pula selama 16 tahun menjawat berbagai jawatan sehinggalah menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Bagaimanapun, Allah maha mengetahui dan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri tidak kesampaian walaupun dia berusaha dengan berbagai cara termasuk yang tidak di redhai Allah. Akhirnya pengundi Permatang Pauh terpedaya dengan tipu-helahnya dan termakan dengan janji palsu yang dia akan ke Putrajaya pada September 16. Mereka menolak tuah dan sebaliknya sekali lagi memilih pembangkang sebagai wakil mereka. Hari ini suara dia dan anaknya jarang sekali kedengaran.

Jika pada awal tahun 1970an dia begitu lantang menyuarakan tentangan terhadap pencerobohan tentera Amerika di Vietnam, sekarang ini dia terus membisu apabila Amerika menceroboh Iraq, dan paling baru, dia juga membisu bila apabila rejim Israel menceroboh Gaza. Mulutnya terkunci mungkin sebab tidak mahu menjejaskan hubungan baik dengan sahabat karibnya seperti Wolfowitz , dan si biadab Al Gore yang telah lama dikenali.

Pengundi Kuala Terengganu perlu bijak membuat penentuan dan tidak mengulangi kesilapan pengundi Permatang Pauh. Sudahlah kerajaan negeri dikuasai pembangkang, Ahli Parlimennya juga Ketua Pembangkang. Akhirnya janji-janji pilihanraya tidak dapat dilaksanakan berikutan jurang komunikasi antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Sekarang ditambah masalah apabila wakil mereka di Parlimen yang juga Ketua pembangkang hanya mampu bercakap kosong dan tidak berupaya menterjemahkannya kepada tindakan membina. Akhirnya Permatang Pauh terus berangan untuk mendapat Perdana Menteri baru sedangkan rakyat di bawah pentadbiran kerajaan BN yang memerintah terus menikmati pembangunan pesat seperti di Kuala Terengganu.

Walau pun masih terdapat kekurangan, perhubungan baik dengan pentadbiran pusat akan memungkinkan segala usaha untuk manfaat rakyat direalisasikan. Sebaliknya jika pengundi menolak tuah dan memilih Ahli Parlimen yang kebetulan sekarang ini sekadar Wakil Rakyat baik hati dan mudah didampingi walau pun seorang anggota pembangkang di peringkat negeri sepertimana Wakil Rakyat Seberang Jaya di Permatang Pauh, hakikatnya para pengundi berlaku zalim kepada Cikgu Wahid. Mereka menzaliminya dengan beban kerja yang tidak mampu di pikul kerana terpaksa memisahkan diri daripada rakyat di Wakaf Mempelam. Jika mereka memilih pembangkang, mereka juga akan menzalimi rakyat di Kuala Terengganu yang selama dua penggal telah menikmati pelbagai kemajuan dan pembangunan menerusi seorang Ahli Parlimen yang bukan saja berjaya menjalankan tugas dengan baik sebagai Wakil Rakyat, tetapi juga sebagai Timbalan Menteri.

Calon BN P 36 Kuala Terengganu mempunyai kelebihan berbanding Ahli Parlimen biasa, apatah lagi sebagai Ahli Parlimen pembangkang yang hanya mampu menyalak tanpa sebarang kesan untuk kebaikan rakyat yang mereka wakili. Apalah gunanya kalau sekadar untuk kepentingan sendiri dari segi elaun dan sebagainya. Ini ketara dilakukan kebanyakan Wakil Rakyat pembangkang yang memegang portfolio Dewan Negeri dan Parlimen. Tidak kurang juga mereka yang terdiri daripada ayah, anak , dan isteri yang menjadi Wakil Rakyat sedangkan sumbangan mereka tidak begitu terserlah selain terus membuat bising menyalahkan kerajaan yang memerintah tanpa mengemukakan sebarang cadangan konkrit. Inilah yang sebenarnya dilakukan oleh PAS sejak pilihanraya pertama 1955 apabila mereka diberi peluang mentadbir Kelantan, Terengganu dan kini Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah.

Walau pun mereka berjanji untuk menghapuskan maksiat selepas pilihanraya, hingga ke hari ini tidak satu pun kedai judi yang dan kedai arak yang mereka arahkan tutup, sebaliknya menambahkan lagi bilangan ladang babi.

Selama lebih 38 tahun memerintah Kelantan dan tujuh tahun memerintah Terengganu, jangankan Hudud, Undang-Undang Keluarga Islam, Pentadbiran Zakat & Baitulmal pun tidak mampu di perbetulkan, malahan di beberapa negeri, pemimpin PAS hanya berperanan tidak lebih sebagai keldai tunggangan PKR dan DAP. Di Terengganu walau pun terdapat hanya seorang wakil MCA, dia dilantik juga sebagai EXCO. Bukan seperti di Pulau Pinang, walaupun PAS membantu DAP, wakil mereka terus di pinggirkan. Keadaan sama berlaku di Selangor dan Perak di mana EXCO DAP lebih berkuasa.

Kini diambang pilihanraya, mereka sudah mula bertelagah mengenai isu lapuk seperti Hudud. Bayangkanlah jika mereka mendapat kuasa.

Kesimpulannya pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu bukanlah medan untuk menentukan siapa bakal mengambilalih kepimpinan negara, tetapi memilih Ahli Parlimen yang bukan sekadar mampu membawa suara rakyat Terengganu ke Parlimen tetapi juga memastikan kesinambungan kejayaan yang dibuat Allahyarham Dato Razali.

Kejayaan memberangsangkan yang dicapai pelajar Terengganu di peringkat UPSR , PMR, SPM dan STP adalah berikutan usaha gigih Allahyarham, dan segala ini perlu diteruskan oleh seseorang yang mempunyai pengaruh di peringkat pusat. Apatah lagi jika apabila calon tersebut dijanjikan jawatan Timbalan Menteri sedangkan jika pengundi memilih Cikgu Wahid, sudah tentu dia tidak mampu berbuat apa-apa selain menghilangkan diri dari kawasan Wakaf Mempelam selama enam atau tujuh bulan setiap setahun untuk menghadiri sesi Parlimen di Kuala Lumpur.

Jika ini berlaku rakyat di Wakaf Mempelam terutamanya akan kehilangan seorang Wakil Rakyat yang mereka sayangi. Cikgu Wahid tidak lagi akan menjenguk muka di majlis kenduri kahwin, di tempat kematian atau bercampur dengan pemuda di padang bola, di kedai kopi atau di wakaf. Biarlah Cikgu Wahid terus bersama rakyat di Wakaf Mempelam sebagai Wakil Rakyat yang mereka sayangi, dan sebaliknya tugas meneruskan kemajuan Kuala Terengganu diserahkan kepada Wan Farid yang lebih berpengalaman sebagai Ahli Parlimen selain menjadi Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri. Janganlah soal remeh seperti kurang senyum dan cara berjalan dijadikan alasan.

Kalau nak dibandingkan dengan Ahli Parlimen PAS, DAP atau PKR, berapa orang yang punya muka yang sentiasa tersenyum berbanding Pak Lah atau Dato Najib? Lim Kit Siang, Karpal Singh dan ramai Ahli Parlimen berwajah lebih bengis berbanding Wan Farid. Lagi pun mereka menang dikawasan yang bukan tempat kelahiran mereka. Kemenangan mereka hanya berdasarkan kelantangan sebagai wakil pembangkang.

Malah ramai Ahli Parlimen PAS yang bertanding di Kelantan tak mampu membawa sepatah pun loghat Kelantan, tetapi menang juga kerana mereka dilahirkan sebagai pembangkang. Namun begitu ada juga Wakil Rakyat PAS yang baik menjadi Wakil di DUN, tetapi kaku dan terus membisu bila dipindahkan ke Parlimen.

Oleh itu, pengundi Kuala Terengganu perlu mengenepikan perkara remeh dan membuat pilihan yang tepat sepertimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, ' Jika sesuatu urusan itu di serahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya. " ( Riwayat Bukhari ).

Berdasarkan rekod yang lalu kita yakin pengundi Kuala Terengganu lebih bijak di dalam membuat keputusan. Jadi tak payahlah ada orang menetapkan tarikh baru untuk ke Putrajaya. Biarlah keharmonian yang ditunjukan oleh kedua-dua calon dan para pemimpin PAS dan UMNO pada hari penamaan calon di kekalkan kerana ada lagi matlamat yang lebih penting daripada bercakaran sesama sendiri.

ROSLAN LATIFF

Sunday, January 11, 2009

Call for boycott on Singapore, as Israel’s defense partner


Recently, there have been calls for Malaysians to boycott US made products, in support of the latest brutal invasion on the Palestinians in Gaza, which already cost the lives of over 750 innocent civilians, especially non combatants like women, children and old folks. We should also look closely the other major supporters and 'strategic partners' of Israel, in the terms of defense, especially people so close to us.

SAR 21 assault rifles and ammunition have been used to brutalise and massacre the defenseless and downtrodden non combatants Palestinians in Gaza, including women and children. Little that the world realise, SAR 21 automatic assault rifles are indigenous weapon developed and manufactured by Singapore Technologies. The CEO of Temasek Holdings is Ho Ching, the wife of Singapore Prime Minister Brig. Gen. (NS) Lee Hsien Loong. Temasek Holdings is the parent company to Singapore Technologies, a GLC.

Singapore, have had very close and strategic partnership with the Israelis, especially in defense since their expulsion from the Federation of Malaysia 9 Aug 1965. Within two months, Prime Minister Lee Kuan Yew received the Israeli Defense Attache based in their embassy in Bangkok for immediate military assistance, in favour against India and Egypt. Soon, six military advisers were dispatched to form the Singapore's pioneer military unit; the First Infantry Regiment, commonly known now as 1 SIR. The rest is as they say, is history.

Till present as being very good friends, Singaporeans still receive military assitance, especially advance training from the Israelis. Formalised military collaborations have been strengthened since then, especially when formal organisations are formed for the co-operation and development projects. The effort put by both nations on R & D work on defense and strategic weaponry is immense. The progress and direction all of these co-operation and joint developmental work should be worried and frightened about. Singapore is Israeli third most important strategic partner in defense development.

Time an again, Singapore is being coined as "The Israel of the East". Hence, Malaysians should unanimously support the call to boycott Singaporean products, in support of our brothers living vicariously in their homes, now under siege and brutal bombardment.

From BigDog

Tuesday, January 6, 2009

KT: PAS dan PR mula terdesak...


Tindakan pembangkang memainkan isu wanita Mongolia, Altantuya Shariibu yang dibunuh dua tahun lalu ketika di Kuala Terengganu jelas menunjukkan mereka terdesak dan bankrap isu.

Bila dah mula 'character assasination' (pembunuhan karekter) seperti ini nampak sangat taring mereka.

Takkan orang Kuala Terengganu begitu singkat fikiran nak mempertaruhkan masa depan hanya berdasarkan picisan? Islam juga tidak pernah menyuruh kita menilai kewibawaan seseorang berdasarkan tohmahan sebegitu...

Awal pagi semalam enam anggota Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk Timbalan Pengerusinya ditahan polis ketika menampal poster wajah wanita Mongolia itu di laluan-laluan dilalui Najib ketika berada di sini menjelang hari penamaan calon hari ini.

Sunday, January 4, 2009

Operation ‘Cast Lead”: Israel troops have field day while US looks away...


Thousands of Israeli troops backed by columns of tanks and helicopter gunships launched a ground offensive in an operation, known as Cast Lead in Gaza Saturday night, with officials saying they expected a lengthy fight in the densely populated territory after eight days of punishing airstrikes failed to halt militant rocket attacks on Israel.

The night sky over Gaza was lit by the flash of bullets and balls of fire from tank shells. Sounds of explosions were heard across Gaza City, the territory's biggest city, and high-rise buildings shook from the bigger booms. As the ground troops moved in, Israel kept pounding Gaza with airstrikes. F-16 warplanes hit three targets within a few minutes, including a main Hamas security compound.

Witnesses in Gaza said that in the first phase, Israeli ground forces had moved several hundred yards inside Gaza. Israeli security officials said initial clashes with militants took place in open fields and soldiers did not immediately move into Gaza's crowded cities, where warfare would likely get much deadlier.

The incursion set off fierce clashes with Palestinian militants and Gaza's Hamas rulers vowed the coastal strip would be a "graveyard" for Israelis forces.

In the airborne phase of Israel's onslaught, militants were not deterred from bombarding southern Israel with more than 400 rockets -- including dozens that extended deeper into Israel than ever before. They fired six rockets into Israel in the first few hours after the ground push began.

One rocket scored a direct hit on a house in the southern city of Ashkelon earlier Saturday and another struck a bomb shelter there, leaving its above-ground entrance scarred by shrapnel and blasting a parked bus.

Israel called up tens of thousands of reservists in the event Palestinian militants in the West Bank or Hezbollah guerrillas in Lebanon decide to exploit the broad offensive in Gaza to launch attacks against Israel on other fronts.

The air war has killed more than 480 Palestinians. Four Israelis have been killed by rockets.

Meanwhile, in Malaysia...

Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Dr Zahid Hamidi said Muslim countries should form their own peacekeeping force to send to the Gaza strip,.

He said, the Muslim peacekeeping force should come under the auspices of the Organisation of the Islamic Conference (OIC).

Indicating that it was time for OIC member countries to set up our own peacekeeping forces to handle disputes such as civil wars or even invasions by major powers in Islamic countries, Zahid added that he would put the proposal to the Prime Minister (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi), who is the chairman of the OIC, during the Cabinet meeting on Wednesday.

Thursday, January 1, 2009

Pakatan Al Gore dan Anwar Ibrahim serang Malaysia


Kepada sesiapa yang biasa dengan sejarah perkauman Al Gore, anti-pembangunan, dasar imperialis terhadap negara membangun, ia bukan satu kejutan untuk melihat dia berkempen menentang "ancaman" kepanasan global yang dibuat-buat yang didakwa berpunca daripada proses pengindustrian.

Kebenciannya terhadap mana-mana negara membangun yang enggan mengikuti arahan daripada pembiaya Anglo-Dutch, "Washington Consensus" adalah bukti khusus dalam kes Malaysia. Pakatan Al Gore dan Anwar Ibrahim serang Malaysia

Executive Intelligence Review (EIR) baru-baru ini telah mendapat laporan bahawa Gore sekali lagi mengganggu hubungan dalaman Malaysia, berkonspirasi sekali lagi dengan Anwar Ibrahim ("aset yang dikongsi bersama" oleh Gore dan Paul Wolfowitz) untuk menurunkan majoriti parti di Malaysia dan mengambil alih kuasa, mewakili penaja kolonialnya.

Di sini merupakan tinjauan semula secara ringkas sumbangan jahat Gore yang lepas di Malaysia :

Pada November 1998, Presiden Clinton tidak dapat menghadiri mesyuarat penting Asia Pacific Economic Cooperation forum (APEC) atau Forum Kerjasama Asia Pasifik, kerana krisis ketenteraan di Balkan (yang mana telah dimulakan oleh Naib Presiden Al Gore dan rakannya, diplomat dan pemilik bank pelaburan Richard Holbrooke). Clinton telah menghantar Gore mengganti tempatnya untuk mewakili Amerika Syarikat. Dua bulan sebelum itu, Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad telah melaksanakan kawalan mata wang dan kadar mata wang tetap, untuk melawan serangan mata wang Asia oleh rakan spekulator yang melindungi nilai wang.

Clinton telah mempertimbangkan cadangan kawalan itu dengan merujuk sebagai "reka bentuk kewangan antarabangsa baru," yang akan melihat Malaysia bergerak ke arah kawalan mata wang sebagai model yang berpotensi bagi negara membangun untuk melindungi diri mereka dalam kerangka kewangan baru.

Bagaimanapun, dalam usaha membina hubungan di antara Amerika Syarikat dan Malaysia, Gore melancarkan satu serangan terbuka terhadap Perdana Menteri Mahathir, serta membela bekas Menteri Kewangan yang dipecat iaitu Anwar Ibrahim, yang sebelum ini telah mempertahankan syarat-sayarat yang diberikan oleh IMF dan menolak kawalan dasar-dasar Mahathir.

Sebagai Menteri Kewangan (dan Timbalan Perdana Menteri), Anwar telah melaksanakan "dasar kesederhanaan IMF tanpa IMF," sebelum Mahathir memecatnya.

'Kita perlu membakarnya'


Gore merupakan penceramah jemputan forum APEC pada 16 November, berkongsi pentas dengan Mahathir. Di luar pusat persidangan, penganut fahaman anarki (demonstrasi) yang menyokong Anwar merusuh di jalanan, menyeru untuk menggulingkan kerajaan. Mendakwa Malaysia tidak dapat mempertahankan keselamatannya, Gore mendesak pengurusan hotel menutup penghawa dingin , dikatakan untuk menghalang musuhnya meletakkan racun dalam sistem aliran penghawa dingin itu.

Kemudian, di hadapan hadirin yang sedang berpeluh, Gore menghasut penganut fahaman anarki : "Demokrasi dapat memberikan tanda pengesahan bahawa perubahan perlu dalam usaha untuk menjadi efektif, jadi di kalangan negara yang terjejas oleh krisis ekonomi, kami secara berterusan untuk mendengar seruan untuk demokrasi, seruan untuk perubahan dalam banyak bahasa. Kuasa rakyat. Reformasi. Kita mendengarnya pada hari ini, di sini, sekarang, di kalangan rakyat Malaysia yang berani."

Menteri Perdagangan Rafidah Aziz menamakannya "ucapan yang paling jijik yang saya dengar dalam hidup saya," sementara Menteri Luar Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Perdana Menteri) berkata : Malaysia mendapati perbuatan menghasut oleh kerajaan Amerika untuk tidak mengikut undang-undang untuk menggunakan cara yang tidak demokratik dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara berperlembagaan, menjadi kebencian ramai. Rakyat Malaysia tidak senang dengan leteran kepura-puraan daripada mana-mana pihak asing, khususnya Amerika Syarikat yang diketahui sangat komited dalam pencabulan melampau hak asasi manusia."

Dr. Mahathir lebih berterus-terang : "Kita perlu bakar dia. Al Gore tidak sayang kepada Malaysia dan juga rakyatnya. Al Gore dan kerajaannya hanya mahu memanipulasi dan mengawal negara kita."

Gore tidak meminta maaf, tetapi memberitahu Perdana Menteri Rusia, Yevgeni Primakov (sasaran Gore yang lain untuk "pertukaran rejim"), "Ini adalah mesej rakyat Amerika, dan saya bangga untuk menyampaikannya di sini dan ke mana sahaja saya pergi. Bergerak ke arah abad ke-21 dengan ekonomi yang kukuh benar-benar memerlukan demokrasi dan kerajaan sendiri."

Rakan-rakanya cuba menyelamatkan Anwar

Dua hari selepas kecaman Gore 1998 di Kuala Lumpur, Asian Wall Street Journal memberi ruang kepada Anwar Ibrahim dalam muka surat editornya, untuk Anwar menunjukkan kesetiaan kepada IMF dan dasar penjajah :

Tulis Anwar, "Selain menuding jari kepada spekulator dan menyalahkan 'desakan yang tidak realistik' yang diatur oleh agensi antarabangsa yang bertidak sebagai peminjam yang merupakan usaha terakhir, pertama sekali negara- negara Asia perlu meletakkan parlimen mereka dalam kawalan. Negara- Negara Asia perlu menamatkan "rancangan yang bercita-cita besar untuk projek ganjil," menyatakan komitmen mereka "untuk membersihkan rasuah dan nepotisme," menamatkan jurang tarif dan membasmi subsidi, monopoli dan pilih kasih...Terlalu banyak kepentingan menjadi taruhan. Melainkan angin kencang kemusnahan kreatif dilepaskan terhadap aktiviti korporat yang parasit dan meminta sewa [sebagai contoh industri nasional], ekonomi Asia tidak lagi akan mencapai perkembangan seperti sebelumnya."

Maksudnya sangat jelas; "perkembangan seperti sebelumnya" semasa era penjajahan, dengan penjajah menyediakan bahan mentah dan kos buruh yang murah, tetapi penjajah tiada "rancangan yang bercita-cita besar untuk projek ganjil" dalam kepentingan mereka sendiri.

Beberapa minggu kemudian, spekulator George Soros menyatakan kembali sokongannya kepada Anwar dalam satu ucapan di Universiti Johns Hopkins, meminta supaya Anwar dibebaskan, serta menyalahkan Dr. Mahathir kerana membantu "kroninya" dengan membelanjakan ekonomi: "Jadi saya fikir apa yang perlu berlaku, adalah, dia (Dr Mahathir) perlu disingkirkan daripada kuasa," kata George Soros.

Pada Ogos 2004, apabila Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan rasuah dan liwat selepas 14 bulan perbicaraan, rakannya Al Gore, pada masa itu dalam bahang kempen Presiden melawan George W. Bush, mengambil masanya untuk bersuara lantang tentang kedaulatan undang-undang di Malaysia : "Saya amat terganggu dengan keputusan yang diumumkan di Malaysia dalam kes Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.... Perbicaraan yang diadakan dipaksa untuk mempertahankan standard keadilan antarabangsa yang olok-olok."

Rakan-Rakan Anwar di Washington

Apabila Anwar dibebaskan daripada penjara pada 2004, dia disambut oleh dua sekutu rapat di Barat, Al Gore dan Paul Wolfowitz.

Barangkali Wolfowitz, pada ketika itu sedang melaksanakan versi tentera "penukaran rejim" di Iraq, telah mengaturkan Anwar untuk mendapatkan jawatan di Johns Hopkins University School for Advanced International Studies (SAIS) di mana Wolfowitz pernah menjadi dekan di SAIS universiti itu.

Anwar juga telah mendapat jawatan di St. Anthony's College, Oxford, England, ketika dia bertemu Gore, pada masa itu sedang melaksanakan perlindungan nilai kewangan di London, di bawah Generation Investment Management.

Anwar juga telah menghabiskan masa dengan rakan lamanya daripada oligarki (sekumpulan kecil orang yang berkuasa dalam pentadbiran) British, Chris Patten, bekas gabenor tertinggi Hong Kong, dan Gordon Brown, Perdana Menteri sekarang.

Kemudian Anwar kembali ke Washington, beliau mendapat jawatan yang menguntungkan antara lain, bekerja untuk Wolfowitz di Bank Dunia, mengenakan syarat terhadap negara membangun yang menolak bentuk "demokrasinya" yang telah rosak. Dia juga terlibat dalam sebuah projek yang dipromosikan oleh Dick Cheney dan anak perempuannya, Liz Cheney, iaitu satu kegiatan yang bertujuan untuk melemahkan, meruntuhkan atau menggulingkan sistem pemerintahan sedia ada di dunia Arab yang dinamakan Foundation for the Future .

Apabila Wolfowitz perlu mencari tempat untuk menghantar teman wanitanya (Shaha Ali Riza), disebabkan potensi konflik kepentingan di Bank Dunia, Anwar menerimanya dengan tangan terbuka, mengalihkan hala tuju "anti-rasuahnya" ke arah yang lain apabila Wolfowitz mengaturkannya untuk membayar Shaha Ali Riza dengan gaji yang banyak tanpa cukai atas nama Bank Dunia. Wolfowitz tidak lama kemudian disingkirkan daripada jawatannya kerana kelakuan hipokrit itu, walaupun wakil daripada negara membangun di Bank Dunia mempunyai sebab yang lain yang lebih serius untuk membuangnya keluar dari Bank Dunia.

Pada Februari 2006, Gore berkongsi pentas dengan Anwar di Jeddah Economic Forum, Arab Saudi. Gore berkongsi kedudukan dengan rakyat Malaysia yang lain pada 2007 : dia dan Dr. Mahathir dicalonkan untuk Hadiah Nobel Keamanan. Walaupun Gore menang, untuk cerita-cerita bohong genosid dalam filemnya, "An Inconvenient Truth", Gore telah melaksanakan "Keamanan untuk Kubur" kepada berjuta-juta orang miskin di dunia.

Anwar Ibrahim kembali dalam politik sekarang. Dia telah menyatukan semua pembangkang dalam satu pakatan di bawahnya, dengan parti fundamental Islam dan parti kaum yang mewakili pecahan minoriti Cina dan India, yang enggan bekerja sama dengan pakatan kerajaan. Walaupun parti- parti ini memenangi dua pertiga daripada kerusi parlimen, yang lebih daripada apa yang dimenangi oleh pembangkang dalam pilihan raya sebelum ini, Anwar telah bercakap besar bahawa dia boleh "memujuk" beberapa Ahli Parlimen untuk beralih pihak.

Adakah Al Gore, fasis hijau yang merupakan sebahagian daripada pujukan itu?


Diterjemahkan daripada artikel tulisan Michael Billington, dari Executive Intelligence Review (EIR), "Gore's Racist Assault Against Malaysia".

Bahasa Melayu: Tepuk dada, tanya selera...


Bahasa Melayu ialah bahasa ibunda lebih 17 juta rakyat Malaysia.

Jika dikaji dari sudut kesesuaian pengunaan Bahasa Melayu dalam injil dan khutbah gereja pula, persepsi yang melambangkan golongan yang mewakili pengunaan bahasa itu perlu sangat diambil kira.

Definisi 'Melayu' itu ialah "Orang berketurunan Melayu, mengamalkan budaya, adat resam dan cara hidup orang Melayu dan berugama Islam". Ini bermakna, Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan sebagai bahasa ibunda oleh orang orang yang 'berketurunan Melayu, mengamalkan budaya, adat resam dan cara hidup orang Melayu dan berugama Islam'.

Oleh demikian, pengunaan Bahasa Melayu dalam dakwah Kristian melambangkan bahawa proses pengkristianan orang Melayu Malaysia, secara terancang dan berstruktur, sudah bermula dan berlaku dengan secara terbuka, termasuk mendapat 'kebenaran' pihak berkuasa.

Ini adalah sesuatu permintaan yang wajar dikira sebagai 'Kurang Ajar', terutama sekali semasa perayaan Hari Krismas; perayaan suci memperingati kelahiran Nabi Isa A.S., yang mensyirikan tauhid ugama Kristian sebagai 'Anak Tuhan'.

Dalam masyarakat majoriti Islam Malaysia, sesuai dengan semangat muhibbah dan saling menghormati antara kaum dan kepercayaan ugama, toleransi menghormati hak rakyat Malaysia yang tidak mengamalkan 'Ugama Persekutuan Malaysia' iaitu Islam dijaga.

Maka dengan itu, perayaan Hari Krismas, walaupun hanya melibatkan golongan minoriti, masih lagi diberikan penghormatan dan diberikan cuti umum. Berbanding dengan negara dimana ugama rasmi ialah Kristian seperti UK, perayaan orang Islam seperti Eidul Fitri tidak diiktiraf langsung.


Permintaan NGO Kristian ini sama sekali tidak sepatutnya berlaku. Had menghormati hak dan peluang dan ruang untuk mereka mengamalkan ugama mereka, selagi tidak bercanggah dengan Islam sebagai ugama Persekutuan Malaysia dan kepentingan memelihara kedudukan Islam kepada orang Melayu, warga majoriti tanahair perlu dipertimbangkan dan tidak dilanggari, walaupun dengan apa sudut intepretasi yang diberikan.

Namun atas apa jua alasan, sejajar dengan arus globalisasi dan keterbukaan masyarakat dunia mempunyai akses kepada jaringan maklumat, had ini perlu dihormati dan pantau, agar 'toleransi' yang golongan majoriti berikan itu tidak dicalari dengan cabaran ala intelektual.


Kepentingan mengada had ini bukan setakat memelihara persepsi semata mata. Dalam keadaan dimana maklumat, termasuk dakwah sengaja disalurkan secara licik mengunakan pelbagai media, samada secara tersurat atau tersirat, dijangkakan akan memberikan kesan strategik kepada orang Melayu. Lebih lebih lagi pendekatan, medium dan kaedah mengunakan alat hiburan, alat propaganda seperti media eletronik, secara halus akan mempengaruhi akal dan lambat laun, akidah orang Islam. Apatah lagi sekiranya medium ini dimudahkan dengan dibenarkan dalam Bahasa Melayu, bahasa ibunda majoriti rakyat Malaysia.

Dunia hiburan semasa dengan imbuhan teknologi terkini, ialah alatan propaganda paling effektif untuk mempengaruhi minda orang Melayu-Islam, terutama golongan muda. Sekiranya propaganda dan 'dakwah strategik' ini berterusan secara terancang, terurat dan tersirat, dan orang Melayu mempunyai rujukan mudah iaitu injil dalam Bahasa Melayu, apakah akan berlaku kepada iman anak muda Melayu, sekarang dan akan datang?


Persoalan sekarang, dimana had kemahuan dan permintaan golongan minoriti negara ini berbanding dengan menjaga kepentingan, perasaan dan maruah golongan majoriti, dengan memanipulasikan 'toleransi, menghormati hak orang lain, semangat muhibbah dan keperluan untuk bergerak maju kehadapan sejajar dengan arus globalisasi'. Lebih lebih lagi, sudut perundangan, nilai sejagat dan hak asasi diperkuda dan manipulasikan sebegitu rupa, sehingga menghalang permintaan dan tidak membenarkan sering kali dipertontonkan kepada dunia luar sebagai "Majoriti menindas hak dan kepentingan minoriti".

Dalam konteks 'bahasa dan toleransi' ini, baru baru ini golongan minoriti ini juga yang begitu lantang mempertahankan kunun kunun 'hak' mereka mengekalkan sekolah vernakular, walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia memberikan tafsiran berbeza. Menarik balik kemudahan (privilege) yang mereka anggap sebagai 'hak' ini akan sewenang wenangnya dikudakan sebagai menafikan hak asasi mereka dan ini akan dipolitikan, bukan setakat dalam negara, malah dipersada antarabangsa.

Jelas bahawa golongan minoriti ini menghamburkan kedudukan 'hak' atas kepentingan mereka dan memanipulasikan keadaan, atas kesesuaian keadaan.


Permintaan ini secara tidak langsung memberi kesan moral kepada kedudukan mutlak kuasa Raja Raja Melayu keatas Islam sebagai tunggak ugama Persekutuan Malaysia dan kebudayaan Melayu dimana merangkumi Bahasa Melayu, kini sengaja dicabar secara terancang.

Apakah orang Melayu, sebagai kekuatan asas politik yang mendukung kuasa memerintah Malaysia semenjak Merdeka, akan membuat kompromi sekali lagi, atas alasan lemah 'toleransi dan semangat menghormati hak orang lain' dan membiarkan Bahasa Melayu yang melambangkan jiwa Bangsa Melayu di'sundal'kan, membelakangkan 'roh' definisi Melayu itu sendiri?

TEPUK DADA, TANYA SELERA!

Dari Bigdog