Wednesday, June 20, 2007

Anwar, Orang Paling Penting & Dipercayai dalam Foundation for the Future di mata Jabatan Negara Amerika

Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata:

“Saya telah dijemput mengambil bahagian dalam Lembaga Pengarah Yayasan pada pertengahan 2006 bersama wakil-wakil dari Maghribi, Iraq, Sepanyol, Syria, Turki, Lubnan, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Mesir, Switzerland dan Qatar.”

Secara amnya, yayasan Foundation for the Future mempunyai tiga jawatankuasa:

1. Jawatankuasa Pemilih
2. Jawatankuasa Eksekutif
3. Lembaga Pengarah

Kesemua jawatankuasa dipilih dan mendapat kelulusan dari Jabatan Negara Amerika.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat jurucakap di Washington DC pada 2 Februari 2006:

“Setelah dirundingkan bersama wakil masyarakat sivil dan pegawai-pegawai kerajaan dari Amerika Syarikat, Eropah, Timur Tengah dan Afrika Utara, hari ini telah diumumkan bahawa Rahma Bouqia dari Maghribi, Bakhtiar Amin dari Iraq dan Anwar Ibrahim dari Malaysia akan menganggotai ‘Jawatankuasa Pemilih’ bagi melantik ahli-ahli Lembaga Pengarah Yayasan bagi Timur Tengah dan Afrika Utara.”

Senarai ahli-ahli jawatankuasa Yayasan adalah seperti berikut:

A. Jawatankuasa Pemilih (tiga orang ahli) seperti yang diumumkan pada 2 Februari 2006:

1. Anwar Ibrahim (Malaysia)
2. Rahma Bourqia (Maghribi)
3. Bakhtiar Amin (Iraq)

B. Jawatankuasa Eksekutif (lima orang ahli) seperti yang diumumkan semasa mesyuarat di Doha pada 15 Julai 2006.

1. Anwar Ibrahim
2. Rahma Bourqia
3. Bakhtiar Amin
4. Sandra Day O’Connor (Amerika Syarikat)
5. Dr Cornelio Sommaruga (Switzerland)

C. Lembaga Pengarah (14 orang ahli) seperti diumumkan pada 15 Julai 2006 di Doha.

1. Anwar Ibrahim (Pengerusi/Malaysia)
2. Rahma Bouqia (Naib Pengerusi/Maghribi)
3. Kamel Abu Jaber (Bendahari/Jordan)
4. Laila al Hamad (Setiausaha/Kuwait)
5. Bakhtiar Amin (Iraq)
6. Sandra Day O’Connor (Amerika Syarikat)
7. Cornelio Sommaruga (Switzerland)
8. Burhan Ghalioun (Syria)
9. Andreu Claret Serra (Sepanyol)
10. Ibrahim Kalin (Turki)
11. Jamil Mroue (Lubnan)
12. Abdul Rahman al Rashed (Arab Saudi)
13. Naguib Sawiris (Mesir)
14. Juhaina Sultan al-Easa (Qatar)

Berdasarkan keutamaan yang diberi kepada individu-individu dalam senarai tersebut, ketara Jabatan Negara Amerika Syarikat menganggap Anwar Ibrahim calon yang paling dipercayai dan penting dalam ketiga-tiga jawatankuasa. Dalam pada itu, semasa mesyuarat yang diadakan di Bahrain pada 31 Mei 2006, Anwar mengumumkan bahawa beliau juga telah dilantik sebagai Presiden Yayasan.

Selain Dato’ Seri Anwar Ibrahim, seorang lagi individu yang dianggap oleh Jabatan Negara Amerika sebagai amat dipercayai ialah Sandra O’Connor. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat jurucakap di Washington DC pada 8 Jun 2006:

“Jabatan Negara dengan bangga mengumumkan bahawa bekas Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat, Sandra Day O’Connor telah bersetuju berkhidmat sebagai Wakil Amerika Syarikat bagi Timur Tengah dan Afrika Utara (BMENA) untuk Yayasan.”

Dari blog Publius Melayu.