Wednesday, December 5, 2007

Arak perkara biasa bagi blogger Melayu ini...


Ramai di kalangan blogger yang berpendirian ala-barat tidak segan-segan mempraktikkan cara kehidupan tanpa mengambil kira larangan agama Islam.

Ini jelas jika diteliti foto yang dipetik dari blog bekas pengarang akhbar Malay Mail, Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rocky. Rocky kini sedang bergelut di mahkamah bersama rakan seperjuanganya, Jeff Ooi (blogger pembangkang) dan tokoh terbaru dalam parti DAP berikutan kes saman oleh pihak New Straits Times Press.

Sebagai di antara peneraju Press Club di Kuala Lumpur, Rocky seringkali berada di ruang exclusif bagi wartawan itu untuk melepaskan lelah dan berinteraksi bersama ahli 'fraterniti' kewartawanan.

Press Club dan arak agak selari kerana tidak kira di mana sekali pun dipusatkan, arak akan terus mendapat sambutan dan disediakan. Apa tidaknya, dengan dipimpin oleh orang seperti Rocky yang menganggap arak sebagai sesuatu yang peribadi dan terpisah daripada landasan agama Islam, kita tidak akan terkejut langsung...

Apakah orang seperti ini boleh dijadikan sebagai pemimpin dalam apa jua perjuangan? Saya kira tidak.

Buat yang tidak begitu arif, Rocky di antara suara-suara kuat menyokong kegiatan BERSIH dan lain-lain, termasuk topeng asal perjuangan HINDRAF yang kini telah bertukar menjadi subversif dan mengancam keharmonian negara. Menyedari betapa HINDRAF yang didalangi pembangkang telah mempengaruhi ramai, Rocky kini memberhentikan penapakannya, lantaran menyiarkan kenyataan menerangkan kenapa dia tidak ingin mengambil bahagian dalam perarakan HINDRAF tempoh hari. Bagaimanapun, berdasarkan sedikit kesedaran, segala-galanya agak terlambat...Rocky telah menjual dan melacurkan maruah bangsa, agama dan negara.

Wanita dalam foto itu ialah Nuraina Samad, bekas wartawan kanan News Straits Times. Dia anak kepada Tan Sri Samad Ismail.