Masih ingat semasa saya kanak-kanak. Ayah bergegas menghantar saya dalam hujan ribut ke klinik Dr Det kerana mengalami bengkak dikepala yang memerlukan rawatan segera.
Dr Det, dengan senyuman dan kata-kata memberangsangkan begitu menarik perhatian saya dan tanpa disedari pisau bedahnya dengan pantas memotong bisul di kepala. Saya masih ingat wajah Dr Det dengan stetoskop dileher dan senyuman sebelum kami beredar.
Kini Dr Det menjalani pembedahan jantung di IJN. Rasa begitu sebak kerana pada usia 82 tahun apakah tubuh itu dapat mengharungi prosedur tersebut? Saya berserta jutaan yang lain berdoa untuknya...doa untuk seorang ayah.
Nota: Ayah saya yang sekelas, sebaya dan juga antara sahabat rapat Dr Det semasa di Alor Star kembali ke rahmatullah pada 1990.