Pengundi-pengundi di bandar memendam kemarahan. Bagaimanapun, mereka perlu mengundi secara rasional atau akan menghadapi risiko umpama pepatah, 'marahkan nyamuk kelambu dibakar.'
Hakikatnya, jika anda tinggal di Kuala Lumpur, Pulau Pinanag atau Perak, kemungkinan besar anda seorang pengundi yang marah dan akan memangkah untuk pembangkang di kertas undi nanti.
Ada yang marahkan Kerajaan, tetapi macam mana sekalipun sama ada seseorang calon itu dari DAP, PKR atau PAS, yang penting dia daripada pihak pembangkang.
Inilah sebenarnya demokrasi di mana pilihanraya adalah gelanggang untuk memutuskan pilihan. Malaysia tidak terkecuali. Pengundi akan mimilih sama ada Barisan Nasional atau Pembangkang.
Di kawasan-kawasan bandar yang didiami penduduk kelas pertengahan, seolah-olah jalan paling pantas untuk menjadi popular sekarang ini ialah dengan cara mengikut arus pro-kerajaan.
Bagi seseorang wartawan, dia akan dianggap begitu berani dan objektif apabila dia menulis mengkritik kepimpinan kerajaan dan menyokong pembangkang.
Mereka yang bersemangat berkobar-kobar berhujah tentang kebebasan bersuara kemungkinan besar tidak akan dapat menerima pendapat-pendapat berbeza, lantaran ada di kalangan mereka mengeluarkan kata-kata kesat dan mencaci selain melancarkan serangan peribadi daripada cuba mempengaruhi orang dengan pendirian mereka atau membahaskan sesuatu pendirian secara logik.
Macam inilah. Kita akur bahawa sistem yang ada sekarang mempunyai banyak kepincangan. Ramai di antara kita yang berpendapat institusi-institusi yang ada sekarang masih memerlukan banyak perubahan.
Kita merasakan yang sistem tersebut perlu dirombak semula kerana kita tidak tahan dengan pelbagai insiden salah pengurusan dan ketidakcekapan. Tetapi, persoalannya di sini ialah samada wujud pilihan lain?
Tetapi apabila masyarakat bukan Islam bercakap tentang keinginan untuk mengundi PAS, sebuah parti yang tidak akan teragak-agak untuk menukar cara hidup mereka, maka pada masa itu mereka seharusnya menilai semula pendirian.
Sejak dua minggu lalu, pelbagai kenyataan daripada pemimpin PAS telah menunjukkan bahawa mereka tidak pernah berubah, dan memang benar pun kerana sebelum ini mereka tidak pernah berjanji akan bertukar.
Beberapa hari lalu Mursiydul Am PAS Nik Aziz Nik Mat memberitahu hadirin di perhimpunan di Hotel Nikko Kuala Lumpur bahawa sesiapa yang mengundi PAS akan ke syurga. Ini bermaksud mereka yang bukan Islam akan dikecualikan.
Sementara itu Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang pula berkata tidak salah bagi seseorang menjatuhkan aib lawan dalam politik. Terdahulu dari itu, dia dikatakan enggan bersalam dengan calon BN pada hari penamaan calon.
PAS dahulu dan PAS sekarang masih yang sama. Tiada perubahan. Walaupun pada dasarnya mereka bersetuju berkerjasama tidak cara langsung dengan DAP, hakikatnya masih tiada ruang untuk mereka yang bukan Islam.