Hati ini geram membaca pendedahan oleh blogger Another Brick in the Wall yang tersiar dalam blog Kak Pah Kepo hari ini.
Rasa terharu mendapati seorang anak gadis yang menggelar dirinya seorang puteri Pahang jati begitu mengambil berat ke atas apa ayang berlaku terhadap sultan yang disayanginya itu. Terharu dan berbangga kerana masih ada anak muda yang memegang kepada kesetiaan kepada raja sebegitu kental...
Petikan blognya seperti berikut:
Nampaknya sikap keterbukaan, tolak ansur serta pembuktian demokrasi masih hidup di Malaysia telah disalaherti oleh sesetengah pihak.
Angin perubahan menerusi suara rakyat yang dicetuskan melalui peti undi pada 8 Mac lalu digunakan mereka yang menganggap kemenangan pembangkang melalui suara hati sebahagian besar rakyat sebagai pasport untuk menunjukkan taring dan membalas dendam.
Segelintir manusia ini melepaskan geram tak kena tempat sehinggakan DYMM Sultan Pahang sendiri didiskriminasikan.
Laporan insiden yang melampau itu tersiar dalam blog Another Brick in the Wall Voice (klik di sini untuk membacanya).
Sebagai anak seorang puteri Pahang jati dari kawasan Bera, saya tidak sampai hati mendengar Sultan yang amat disayangi rakyat ini diperkecilkan sebegitu rupa.
Saya berharap agar pihak Penerbangan Malaysia mengambil berat perlakuan krew pesawat syarikat tersebut.
Saya juga berharap tindakan tidak bertamaddun yang dipamerkan dalam insiden itu tidak memberi isyarat kepada segelintir golongan yang begitu ego ini naik tocang berikutan perubahan yang berlaku di Malaysia di atas nama keutuhan demokrasi sebenar.