Saturday, April 12, 2008

Ketua Puteri : tumpukan pada perpaduan dalam parti dan jawatan


Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad menasihatkan ahli Puteri UMNO menumpukan pada perpaduan dalam parti daripada soal perebutan jawatan pada pemilihan parti Disember ini.

Katanya sekiranya ada perebutan bagi jawatan ketua pergerakan itu, diharap ia dilakukan dalam semangat perpaduan dan demokrasi.   

Noraini meilhat dua pencalonan sebagai mencukupi dan mana-mana ahli yang mendapat pencalonan boleh bertanding jawatan berkenaan.

Bagaimanapun, akur dengan hakikat demokrasi dalam parti, Noraini mengakui tidak akan dapat menghalang sesiapa untuk bertanding.

Tambahnya lagi, sejajar dengan usia Puteri yang masih muda, tugas Ketua Puteri selepas ini memastikan sayap itu terus relevan.

Noraini akan mengosongkan kerusi Ketua Puteri Umno kerana telah melebihi usia seperti yang ditetapkan iaitu 40 tahun.

Noraini yang juga anggota Parlimen Parit Sulung, belum memikirkan samada akan bertanding untuk jawatan Majlis Tertinggi kerana mahu menumpukan usaha memantapkan lagi Puteri UMNO.

Katanya, jawatan adalah perkara kedua, yang penting memastikan perjuangan Puteri.