Tuesday, April 15, 2008

Terkini mengenai notis polis kepada pemimpin-pemimpin PKR


'Tarik tali' di antara polis dan PKR berhubung perhimpunan 14 April di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur masih rancak.

Polis mahukan ahli-ahli politik kanan PKR, termasuk Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memberi kenyataan di balai polis. Bagaimanapun Menteri Besar mahu polis pergi ke pejabatnya untuk berbuat demikian.