Tuesday, August 26, 2008

Perang Georgia-Rusia didalangi Amerika/Israel


Apa yang sebenarnya berlaku di Ossetia Selatan?

Seperti biasa kebanyakan agensi berita antarabangsa termasuk Al-Jazeera gagal menyediakan analisis yang adil dan tidak berat sebelah – mereka hanya sekadar meraba-raba dalam gelap dan membiarkan 'pakar-pakar' politik di bilik berita masing-masing mengupas keadaan tersebut seolah-olah pandai sangat.

Ini sebenarnya realiti yang membayangi krisis berkenaan...dan ia sebenarnya angkara Amerika dan Israel.

Media Amerika yang kebanyakan menyalurkan berita-berita terkini untuk santapan dunia telah memutar-belitkan fakta dengan propaganda menyalahkan Rusia sebagai pihak yang melampau sementara Georgia dilukiskan sebagai mangsa yang sengaja memprovokasi dan mencabar Rusia.

Para pendalang di White House dan Jabatan Negara Amerika yang dikuasai Zionis dengan begitu mudah sekata mengecam tindakan Rusia sebagai terlampau dan berbahaya. Apa sebenar maksud mereka? Apakah mereka tidak sedar segala kemusnahan yang mereka telah lakukan di Iraq dan Afghanistan?

Bagi konflik terkini itu, ia dilabelkan "Awas: Amerika-Israel merancang menyerang Ossetia melalui Georgia sebagai proksi bagi mencabar Rusia membalas dengan peperangan." Anda akan mendapat gambarannya jika anda gantikan Ossetia dengan Syria dan Iran dengan Rusia.

Perang di antara Georgia dan Rusia tidak lebih daripada peperangan proksi bagi pihak Amerika dan Israel (dirancang oleh agensi perisikan Israel, Mossad) yang sejak awal lagi telah melatih dan melengkapkan tentera Georgia degan senjata.

Siapa yang mendapat keuntungan dalam hal ini? Mungkin ia berhubung-kait dengan perebutan bekalan gas dan minyak bertopengkan pergelutan geopolitik bagi menarik perhataian Rusia daripada mengawasi krisis Iran dan Barat berhubung program nuklearnya.

Ada kemungkinan Israel sebenarnya memerlukan saluran paip minyak dilencongkan ke sana melalui tanah Iraq yang sengaja dikucar-kacirkan (Syria menjadi penghalang bagi Amerika dan Israel menrealisasikan rancangan itu dan untuk mengatasinya, Syria perlu ditakluki.)

Untuk menerangkan dengan jelas: Tujuan sebenar perang Georgia dan Rusia tercetus menuding kepada kerakusan Georgia untuk mendapatkan hasil minyak seperti mana Afghanistan dimusnahkan setelah Amerika gagal menangani rancangan bekalan minyak daripada kerajaan Taliban selepas insiden 9-11.

Ya, sebenarnya peperangan tersebut ialah kerana minyak – dan minyak itu ialah untuk habuan Israel. Rata-rata dunia mengetahui Amerika mempunyai perjanjian menjamin bekalan minyak kepada Israel dalam apa keadaan sekali pun.

Dan untuk melaksanakan tanggung-jawab ini apa yang diperlukan hanyalah untuk mencetuskan api krisis dan seterusnya mula menjajah negara-negara lain.

Strategi membahagi dan menakluki adalah strategi lama dan berkesan. Apa pun boleh berlaku demi keuntugan Zionis kecuali jika persekongkolan di antara Tel Aviv, London dan Washington/New York digagalkan.

Rusia sebenarnya menyedari apa yang berlaku, lantaran terpaksa bertindak apabila tentera Georgia menceroboh Ossetia dan seterusnya melakukan keganasan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk tempatan selain puluhan tentera pengaman Rusia. Dan dengan itu tindakan Rusia perlulah juga setimpal.

Presiden Georgia Mikheil Saakashvili yang terbukti boneka Zionis mengharapkan kegagahan tentera Amerika untuk turut membabitkan diri.

Bagaimanapun, rancangan negara kerdil Georgia itu dianggap sesuatu yang bodoh kerana ia jelas akan menyebabkan Rusia membelasah mereka habis-habisan.


 





 

Sunday, August 24, 2008

Janji-janji Anar setakat ini...


JANJI-JANJI ANWAR IBRAHIM SETAKAT INI KERANA NAK JADI PERDANA MENTERI:

1.Akan turunkan harga minyak 70 sen sebaik jadi PM

2.Akan lantik Cina sebagai TPM1 & India sebagai TPM 2

3.Akan bebaskan kesemua tahanan HINDRAF

4.Akan bebaskan kesemua tahanan ISA

5.Akan buka UiTM kepada bukan Bumiputera

6. Akan lantik sekurang-kurangnya lima org Naib Canselor bukan Melayu.

7. Akan gunakan kesemua keuntungan PETRONAS untuk subsidi minyak

8. Akan membantu masyarakat bukan Islam menaikkan Ketua Menteri di Sarawak

9. Akan memastikan saudara-saudara baru Islam yang nak keluar semula daripada Islam di benarkan berbuat demikian sesuai dengan pandangan Majlis Peguam Malaysia.

10). Anwar akan mansuhan DEB sebaik saja dia jadi PM

11). Anwar akan menstrukturkan semula PETRONAS dan akan mengambil-alih lebih ramai Bukan Melayu berkhidmat dalam syarikat tersebut.

12). Anwar berjanji kepada Bar Council akan berusaha memansuhkan Mahkamah Syariah.

Undi Anwar sama dengan undi DAP?


Mesej Lim Guan Eng kepad semua pengundi Cina di P.44 ialah " Undi Anwar sama dengan undi DAP."

Adakah orang Melayu di P.44 sedar? Bayangkan jika DAP semakin kuat sedangkan orang bukan Islam dalam PKR seperti Gobalakrishnan, Tian Chua, Ginnie Lim, Xavier Jayakumar & Sivarasa sama saja seperti DAP.

Pilihanraya Kecil di P 44 ini bukan hanya pasal Anwar Ibrahim. Ia akan menentukan samada Islam & Melayu boleh terus mendapat tempat dalam sektor awam & GLC atau ditentang habis-habisan.

Sesal kemudian tak berguna.

TAHUKAH ANDA ANWAR SOKONG USAHA AMERIKA MENDAPATKAN PENGIKTIRAFAN RAKYAT PALESTINE TERHADAP KEWUJUDAN ISRAEL?


 

The Washington Note melaporkan Anwar Ibrahim turut sama menandatangani deklarasi sokongan kepad Presiden Bush untuk membentuk kerajaan boneka Islam di Palestin.

Tandatangan Anwar itu dihantar kepad Presiden Bush pada 10 Oktober 2007 sebagai tanda persetujuan langkah Amerika mengadakan "Deklarasi Annapolis Summit" antara Palestin & Israel.

Deklarasi yang diusahakan Presiden Bush itu bersetuju untuk melantik Mahmod Abbas sebagai Presiden Palestin yang sah dan diiktiraf oleh Israel. Tapi siapa Amerika untuk melantik seorang Presiden bagi Paletine?

Muslihat Amerika mengadakan deklarasi itu untuk mendapat pengesahan dari Palestin bagi menubuhkan negara Israel secara sah dengan perlantikan presiden boneka itu.

Usaha licik Amerika & Israel itu ditentang majoriti rakyat Palestin, Syria dan Iran,tetapi disokong oleh Anwar Ibrahim bersama tokoh-tokoh Amerika Syarikat.


 

Benarkah selepas Mahmud Abas mengiktiraf Israel, maka rakyat Yahudi Israel akan tidak lagi membuat pencerobohan baru bagi merampas tanah rakyat Palestine? Dan jika ianya terus berlaku adakah Amerika akan menyekat atau memajam Israel?

Kenapa Anwar lekas sangat setuju? Lagipun, dia siapa? Oh ya, kita terlupa, dia pemimpin hebat sebahagian besar masyarakat Islam sedunia. Maka walaupun dia tiada jawatan ketika itu (2007), dia berhak memberi pendapat dan persetujuan bagi pihak rakyat Palestine, Syria, Iran dan lain2 umat Islam.

Jangan2 Anwar terfikir dia Kalifah, tak?

Wednesday, August 20, 2008

Anwar Ibrahim sokong Salman Rushdie?


Dalam Majalah ASIAWEEK, 11 November 1993, ketika ditemubual oleh wartawan Roger Mitton, Anwar menyatakan sokongan terhadap Salman Rusdie, penulis buku 'The Satanic Verses.'

Kata Anwar, " Saya telah membaca "The Satanic Verses" dan bagi saya Salman Rushdie seorang karyawan yang amat mendalam pengetahuannya (profound writer)."

"Saya tidak bersetuju dengan pandangan pemimpin Iran Ayatollah Khomenei mengenai buku tersebut, tetapi ia perlu diberi penelitian berikut.

Pertama karya tersebut merupakan hasil sastera. Kedua, bagi saya apa-apa hukuman ke atas seorang pesalah perlulah diputuskan oleh mahkamah...keputusan seumpama ini amat sukar kerana sekiranya TIDAK ADA KEBEBASAN BERFIKIR, masyarakat akan berasa terancam bilamana mereka menyentuh hal-hal yang dianggap sensitif"

Ini bermakna pemikiran Anwar sama seperti pemikiran Orientalis Barat dan Yahudi. PAS menyokong gesaan Khomenei supaya penulis dibunuh kerana menghina Rasulullah, tetapi Anwar membela Salman Rushdie walaupun menghina Rasulullah, berlandaskan KEBEBASAN BERFIKIR.

Ketika itu Anwar masih dalam UMNO. Patutlah PAS marah dgn UMNO.

Anwar pula janjikan 20% untuk masuk UiTM


Bahang kemarahan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim masih belum reda. Kalau Khalid hanya menawarkan 10% kemasukan bukan Melayu ke UiTM, Anwar pula menjanjikan 20%.

Malam tadi, Dato Seri Anwar Ibrahim dalam kempennya di pasar malam Seberang Jaya 2 membuka mulut pula menjanjikan kuota kemasukan 20% untuk bukan Bumiputera UiTM.

Kenyataan Ahli Parlimen Bebas dan bekas ketua kesatuan pelajar ITM pada tahun-tahun 70an, Dato Ibrahim Ali yang bersemangat mempertahankan status Bumiputera untuk UiTM dalam wawancara di Bernama TV semalam dicemik-cemikkan oleh Anwar.

Anwar tidak langsung sensitif dengan suara hati anak-anak Melayu di cawangan-cawangan UiTM seluruh negara yang menujuk perasaan membantah cadangan Khalid Ibrahim. Dia ketepikan perasaan kecewa puluhanhan ribu anak bangsanya dengan menuduh ia hanya caturan Naib Cansellor UiTM, Prof Dato Ibrahim Shah untuk mendapat lanjutan kontrak yang akan tamat.

Selain itu, Anwar juga mengulangi janji untuk memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada kaum Cina dan India, disamping jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk Melayu yang sedia ada, jika dia menjadi Perdana Menteri.

Begitu sekali pemikiran Anwar kini. Seolah-olah dia bukan lagi orang Melayu hinggakan naluri semulajadinya berubah menjadi orang Malaysia tanpa mempunyai bangsa.

Atau mungkinkah Anwar mula terdesak kerana kesepian yang ditunjukkan oleh PAS hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan undi dari bukan Melayu?

Keengganan Anwar melakukan mubahalah dalam isu liwat mungkin telah mengubah perasaan simpati orang ramai hingga menjadi curiga terhadap sandiwara dan dolak dalihnya.

Dengan sokongan para pekerja PKR yang begitu bersungguh dan bersemangat, Anwar mungkin tidak menyedari rintihan dan kesusahan kaumnya di Pulau Pinang, termasuk di Permatang Pauh di bawah pemerintahan DAP. Pelbagai kemudahan dan bantuan untuk orang Melayu telah dihentikan demi 'polisi sama rata.'

Kalau di bawah Gerakan ada empat orang ahli Exco Melayu, kini hanya tinggal dua orang Melayu-Islam. Bagaimana dua orang dari parti yang begitu liberal dan mentah dalam pentadbiran boleh membela kaum Melayu yang rata-rata serba kekurangan di Pulau Pinang?

Bagi orang Melayu, baik UMNO atau PAS, UiTM adalah sebahagian daripada ikhtiar dan perjuangan untuk meberi peluang kepada kaum Bumiputera.

Jika sekadar berdasarkan pasaran bebas, meritokrasi dan persaingan, berapa kerat orang Melayu yang boleh mendapat pelajaran pengajian tinggi? Begitu juga dalam hal-hal professionalisme dan ekonomi.

Minda korporat Khalid Ibrahim yang begitu terpukau dengan kualiti, efisiensi komersial dan keupayaan bersaing hanya mampu sekadar mendedahkan kekecamukan pemikirannya. Dia tidak dapat membezakan di antara polisi dunia perniagaan dan polisi awam yang melibatkan bidang pendidikan dan sosial.

Apakah persaingan telah meletakkan dirinya di mana dia berada sekarang? Tentu tidak.

Tanpa dasar yang mempunyai toleransi kepada kegagalan apakah Khalid berupaya memiliki rumah RM16 juta di Damansara Heights atau rumah bungalow di Seksyen 16, Petaling Jaya yang dijadikan pejabat PKR?

Pemikiran komersial hanya mendahulukan keuntungan. Tidak terlintas dalam minda orang perniagaan untuk berbakti secara sosial dan memberi peluang kepada mereka yang kurang bernasib-baik atau membangunkan masyarakat. Dunia komersial hanya melihat manusia itu sebagai sumber dan bukan sebagai insan yang mempunyai pelbagai keperluan, keinginnan dan harapan.

Jelas sekali Anwar, Khalid dan PKR berada di alam impian yang jauh terpisah daripada realiti untuk mengharap agar jurang perbezaan di antara kaum boleh berlaku berdasarkan ekonomi bebas dan pendekatan "survival of the fittest" semata-mata.

Kaum yang lebih 30 tahun dulu hanya mempunyai kurang daripada 5% kekayaan dan pegangan ekuiti tanahair dan kini masih dalam keadaan bertatih tidak boleh diharapkan berlari untuk bersaing di sukan Olimpik.

Baik budak-budak Tingkat 4 atau pun "Parti Keldaikan Rakyat", masing-masing terlalu sempit pandangan kerana melihat polisi awam dari perspektif komersial dan pasaran bebas.

Untuk Melayu mendapatkan sesuatu keistimewaan seperti UiTM bukan proses yang mudah. Disebalik sesuatu kemudahan dan kelonggaran yang diperolehi oleh orang Melayu, ia adalah hasil penat lelah pengorbanan, perjuangan dan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin, pejuang-pejuang dan rakyat sebelum ini.

Banyak perundingan, tolak ansur dan pengorbanan perlu dibuat dengan kaum-kaum pendatang dan penjajah untuk mendapatkan kemerdekaan.

Kemerdekaan tidak menjanjikan penduduk asal negara ini kemakmuran dan kesejahteraan. Orang Melayu dan bumiputera rata-rata masih dalam keadaan miskin, daif, dan serba ketinggalan. Kesusahan ini masih berterusan hingga terjadi satu rusuhan kaum yang membuka peluang untuk kita berunding bagi mendapatkan keistimewaan ini.

Kalau masih menggunakan pelampung untuk berenang di pinggiran pantai, jangan pula mahu ditarik pelampung untuk berenang ketengah. Kalau sudah tahu berjalan pun, jangan cepat mahu dibuang tongkat itu. Satu hari masih diperlukan. Kalau tidak pun, masih ramai yang memerlukan.

Inilah PKR.

Begitu rakusnya PKR gilakan kuasa hingga tidak menyedari 5 bulan sebelum ini mereka hanya mempunyai satu kerusi di Parlimen.

Kini mereka mahu menguasai kerajaan dengan apa saja cara hinggakan bangsa sendiri pun sanggup dijual walhal pemimpin-pemimpin utama PKR adalah pemimpin-pemimpin Melayu yang juga meraih kekayaan daripada dasar-dasar DEB dan hasil amalan kronisme Anwar.

Inikah yang mereka fahamkan dengan peribahasa "Membujur lalu melintang patah" yang mereka nyanyi-nyanyikan?

Tuesday, August 19, 2008

PAS menyepi di Permatang Pauh


Semasa penamaan calon Pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 16 Ogos di Maktab Tuanku Bainun, hanya Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) dan ayahnya, Kit Siang kelihatan ke hulu hilir mengiringi Anwar Ibrahim.

Ia seolah-olah membuktikan kemenangan Anwar begitu penting hanya kepada DAP selain Anwar sendiri. Berdasarkan ini maka DAP kelihatan seharusnya habis-habisan membantu Anwar menang di parlimen P44.

Malah di atas pentas utama, dua watak ini juga mengepung Anwar Ibrahim dan isterinya, Wan Azizah. Tiada watak utama dari PAS yang hadir kecuali Husam Musa (Naib Presiden PAS) yang merupakan anak didik Anwar. Di Permatang Pauh sendiri, belum ada satu pun Bilik Gerakan PAS dibina untuk menolong Anwar di Permatang Pauh. Apakah ini bunga tanda-tanda awal menunjukan PAS akan memboikot Anwar di Permatang Pauh?

Disusun dari blog Angin Perubahan

Monday, August 11, 2008

Tak perlu UMNO mengapi-apikan orang Melayu/Islam


Pemimpin DAP Lim Kit Siang hari ini menuduh UMNO bermain dengan api dengan menggunakan agama untuk menakutkan orang ramai.

Itu kenyataan yang tidak benar. Isu cubaan Majlis Guaman mengadakan forum terbuka mengenai pengislaman sememangnya menyentuh sensitiviti hampir kesemua orang Melayu/Islam.

Isu itu bukan boleh diperdebatkan kerana apa yang termaktub dalam ajaran Islam berhubung perkara tersebut ialah sesuatu yang bukan di tangan manusia. Ia sesuatu yang 'divine'...diperturunkan Allah dan wajib dipatuhi tanpa bantahan atau analisis duniawi.

Dalam senario ini, siapakah Majlis Guaman atau DAP untuk cuba mentafsirkan perintah Allah menerusi forum itu? Majlis Guaman yang sebahagian besar dipimpin oleh bukan Islam tidak berhak menimbul dan mengenengahkan isu tersebut .

Jika Zulkifli Nordin sebagai seorang aktivis pembangkang yang 'outspoken' boleh menilaikan potensi ancaman kepada sensitiviti orang Islam berhubung forum itu, apatah lagi orang Melayu/Islam yang lain?

Orang Melayu/Islam di Malaysia tidak memerlukan UMNO untuk mengapi-apikan keadaan dalm hal ini. Saya di antara puluhan ribu yang turut berasa tersinggung.

Thursday, August 7, 2008

Hentikan tindakan kurang ajar ini!


Kenapa Majlis Guaman Malaysia begitu bersungguh-sungguh 'mengapi-apikan perpecahan kaum?'

Jika diteliti kita boleh bayangkan kewujudan 'tangan-tangan ghaib' mendalangi pemikiran dan agenda Majlis yang sepatutnya dianggotai mereka yang berpemikiran adil dan waras.

Tidak dapat dinafikan terdapat terlalu ramai ahli yang terdiri daripada kaum India dalam Majlis Guaman. Kenapa tidak ianya lebih mencerminkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum?

Tindakan Majlis Guaman untuk mengadakan forum terbuka mengenai pengislaman begitu menggemparkan orang Melayu dan Muslim di Malaysia.

Seperti dalam konteks pepatah, 'Keadaan memaksa kita kembali bersatu,' keadaan ini sekaligus menyatukan kembali orang Melayu dan Muslim hinggakan melangkau jurang perbezaan politik dan parti.

Kini persoalan yang timbul mengapa Majlis Guaman berasa terpanggil di atas dasar tanggung-jawab 'moral dan profesionalisme' untuk mengadakan satu forum terbuka menyentuh perkara yang tersangat sensitif seperti ini?

Tiada seorang pun, lebih-lebih lagi mereka di luar agama Islam, berhak menentu dan cuba mempengaruhi perubahan kepada agama Islam yang telah ditentukan oleh Allah.

Dan juga seluruh umat Islam (sekurang-kurangnya di Malaysia) juga tidak akan ingin mengadakan forum dan simposium atau cuba memaksa perubahan dalam sebarang kepercayaan yang dibawa oleh agama lain. Masyarakat Islam hanya akan bertindak-balas sekiranya berlaku perlanggaran atau pencerobohan ke atas landasan agama, seperti dalam isu murtad.

Oleh yang demikian, Majlis Guaman di minta menghentikan tindakan kurang ajar ini dengan segera!

Butt out, Bar Council!


Why is the Bar Council Malaysia so bent on "stoking the fires of disunity?"

One cannot but help conjure up images of 'hidden hands' puppetting this fraternity of supposedly judicious minds.

Thanks but no thanks, the Bar Council's move to organise an open forum on conversion to Islam has sent shock waves among Muslims and Malays in Malaysia.

Adversity brings us together,' so goes the saying, and in this context it has suddenly brought together the Malays and Muslims – traversing political divides, even.

The question that comes to mind is why must the Bar Council feel that it is under a 'moral and professional' duty to convene a forum touching on such a sensitive subject? For one, no one has any right to determine how Islam is administered and attempt to influence changes in what have been divinely set.

Conversely, the Muslim brotherhood (at least in Malaysia) would not want to be so adventurous as to engage in foras and symposiums to scrutinise or attempt to invoke changes in the sacred belief of other religions. Muslims only respond when they have been transgressions within the parameters of Islamic precepts and in cases such as apostasy, this is the case.

So, Bar Council, 'ceases and desist' and BUTT OUT!

Wednesday, August 6, 2008

Tak masuk di akal Pak Lah bersekongkol dengan Polis...

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata, beliau tidak langsung terlibat dengan keputusan polis untuk mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Katanya, keputusan itu dibuat berdasarkan hasil siasatan polis terhadap kes dakwaan liwat terhadap Anwar dan bukan kerana beliau yang meminta polis berbuat demikian.

"Mana mungkin saya mendesak agar dia didakwa. Polis bukannya bodoh. Polis hanya bertindak berasaskan hasil siasatan mereka sendiri.

"Selain itu, janganlah pula kita lupa tentang keadilan yang dituntut Saiful (bekas pembantu Anwar Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat bekas majikannya itu).

"Dia juga mengharapkan keadilan, sebab itu dia buat laporan polis," kata beliau kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN hari ini.

Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anwar yang mendakwa bahawa Perdana Menteri terlibat secara langsung di atas keputusan yang dibuat oleh polis terhadapnya itu.

Abdullah berkata, tindakan polis adalah berasaskan peruntukan undang-undang dan hakikat bahawa ia diambil selepas Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh pilihan raya kecil Permatang Pauh yang dijangka ditandingi Anwar atas tiket Parti Keadilan Rakyat adalah satu kebetulan.

Katanya, kes dakwaan liwat terhadap Anwar bukan satu perkara baru, malah telah disiasat polis sejak laporan mengenainya dibuat Saiful.

"Tetapi ada juga orang kata, peletakan jawatan Datuk Seri Wan Azizah (Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail) sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh juga satu helah dengan harapan Anwar tidak akan dibawa ke mahkamah. Cerita tentang ini bukan hanya ada satu versi sahaja, malah lebih dari dua," katanya.

Azizah meletakkan jawatannya minggu lalu bagi membuka ruang suaminya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh yang telah ditetapkan oleh SPR akan diadakan 26 Ogos.

Kempen 10 hari ok...


Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata tempoh berkempen selama 10 hari bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh bermula 16 Ogos ini adalah terlalu pendek.

Katanya, walaupun ia hanya satu pilihan raya kecil tetapi ia penting kepada rakyat dan calon yang bertanding.
"Ini kelihatan seolah mempolitikkan pilihan raya. Sepatutnya ia merupakan medan yang baik untuk calon dari manamana parti berkempen. Tetapi dengan tempoh yang singkat ini, calon tidak boleh memberikan pandangan yang lebih ketika berkempen," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini mengumumkan 16 Ogos sebagai tarikh penamaan calon dan 26 Ogos untuk pengundian bagi kerusi Parlimen itu yang dikosongkan oleh
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertanding di situ.

Bagaimanapun Shamsul Iskandar berkata, PKR yakin mampu meraih undi yang lebih besar berbanding pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Sebaliknya Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib menganggap tempoh itu sebagai "munasabah".

"Tak pendek dan tak panjang, jadi bolehlah partiparti yang bertanding mempunyai masa yang cukup untuk berjumpa dengan pengundi," katanya.

Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshi pula berkata, tempoh berkempen antara sembilan dan 10 hari adalah biasa.

Beliau juga berkata, tindakan Wan Azizah mengosongkan kerusi itu hanya empat bulan selepas memenanginya dalam pilihan raya umum lepas adalah tidak bertanggungjawab dan hanya membazir wang dan masa rakyat.

Bagi mengelak perbuatan seperti itu berulang, beliau mencadangkan agar Akta Pilihan Raya dipinda bagi menetapkan sesiapa yang meletak jawatan tanpa alasan yang kukuh,
kerusi itu diberikan kepada lawannya pada pilihan raya berkenaan.
Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayob berkata sama ada tempoh berkempen itu singkat atau tidak, ia bukan masalah kerana pengundi di Permatang Pauh sememangnya menanti saat untuk menjulang semula kepimpinan Anwar.

Katanya, Pemuda PAS akan bekerjasama rapat dengan Angkatan Pemuda PKR dan
DAP dalam menghadapi pilihan raya kecil itu.
Pengerusi Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata BN akan mengelak daripada mengulangi kesilapan lampau yang menjadi punca kekalahan calon parti itu sebelum ini.

"Saya berharap pilihan raya ini akan dilangsungkan dengan bersih, beretika dan profesional dan berharap sangat pemuda-pemuda sabar dan tidak menimbulkan apa-apa kekecohan," katanya.

-mStar

Sunday, August 3, 2008

BN jangan boikot Permatang Pauh


Sejak dua hari lalu sekurang-kurangnya dua tokoh UMNO mencadangkan supaya memboikot pilihan raya kecil di Permatang Pauh.

Selain Annuar Musa dan Dr Latif yang mempunyai rasional serupa dalam membuat gesaan tersebut, hari ini, bekas Setiausaha Politik Tun Mahathir Mathias Chang juga menyatakan pendapat yang sama tetapi dengan memberikan alasan lain bagi UMNO memboikot Permatang Pauh.

Saya tidak bersetuju dengan pendirian yang disuarakan Annuar dan Dr Latif yang dikatakan satu 'futile excercise' – tindakan yang hanya membuang, masa memandangkan betapa Anwar mempunyai pengaruh begitu kuat di Permatang Pauh. Mungkin apa yang disuarakan Annuar dan Dr Latif mempunyai rasional yang logik jika dilihat dari perspektif peribadi.

Bagaimanapun, kita perlu melihatnya dari sudut demokrasi dan ketelusan yang dibawa oleh kepemimpinan Pak Lah. Tidak kira sama ada pemanggilan pilihan raya kecil itu disengajakan oleh Anwar dan Pakatan Rakyat, namun apa yang nyata ia sesuatu yang sah dalam jentera pemilihan demokratik di negara ini. Berdasarkan ini maka BN/UMNO wajib bertanding untuk memberikan kesahihan prinsip dalam pilihan raya kecil itu. 'It is the spirit that matters, not the objective': Apa yang penting ialah semangat demokrasi dan bukan persoalan siapa yang akan menang. Sekiranya BN/UMNO memberikan persaingan walaupun ia berlaku di tempat lawan dan muncul sebagai pemenang, ini jelas menunjukkan permainan demokrasi yang berjaya selain hadiah bonus kepada UMNO sendiri.

Alasan Matthias kononnya UMNO perlu menangani isu-isu lain yang lebih penting seperti krisis pucuk pimpinan UMNO, hala tuju UMNO, ekonomi negara, masalah dalam parti-parti komponan BN, dan sebagainya tidak mencerminkan pegangan kepada prinsip demokrasi yang semakin menyerlah di bawah Pak Lah sekarang ini.

Dan dalam pada itu bukan semua pengundi di Permatang Pauh berdiri di bawah payungan Anwar dan PKR. Mereka juga memerlukan saluran untuk membuat pilihan.

Oleh itu, BN/UMNO perlu bertanding di pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Friday, August 1, 2008

Ong Ka Chuan’s convoluted thoughts over BN – PAS talks


MCA Secretary-General Ong Ka Chuan is out of touch.

He called on BN and PR (read: PAS) to stop inviting each other to join the opposing side as he claimed it was confusing the rakyat.

What is so confusing about that?

If DAP and PAS can join forces to form a government, nothing is impossible anymore. People want transparency, honesty and fairness...and the talks are just about that.

Is MCA honest and clean? No wonder the party has not been performing.

Iran & agenda jahat Amerika/zionis

Terjemahan ucapan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad di Persidangan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu ke 62.

Luangkan sedikit masa untuk menghayati dan memahami dengan rendah diri dan dengan minda terbuka konsep Hak Asasi Manusia seperti yang diperturunkan dalam Al-Quran.

"Dengan Nama Allah, percepatkanlah kemunculan Imam Al-Mahdi dan limpahkanlah kepadanya segala kesihatan dan kemenangan dan jadikanlah kami pengikutnya dan pengikut mereka yang mempercayai kebenarannya"

Di dunia yang begitu kecoh dengan kecaman, ugutan dan ketegangan dan ketika kuasa-kuasa besar tidak mampu menyelesaikan masalah-masalah semasa, ketika ketidakpercayaan semakin menggugat arena serantau dan antarabangsa, ketika rasa keselamatan psikologi masyarakat menjadi sasaran serangan pelbagai rancangan propaganda dan politik, dan kekecewaan sentiasa menghantui keberkesanan dasar dan tindakan organisasi-organisasi antarabangsa dalam usaha mewujudkan keamanan dan keselamatan berkekalan, dan ketika kawalan ke atas hak asasi manusia sedang dilemahkan, saya ingin menyentuh dan menerangkan punca dan cara-cara memboloskan diri daripada segala permasalahan ini dan seterusnya menyentuh mengenai beberapa cabaran utama yang dihadapi dunia masakini.

Saya juga akan menyentuh keperluan mengubah keadaan semasa, prospek masa depan yang lebih cerah, dan pengwujudan semula segala yang halus, indah dan terhormat, keadilan, kemekaran segala ciri kemuliaan manusia serta ketinggian cinta Tuhan dan kesedaran terhadap segala janjiNya seperti yang dinyatakan oleh para Nabi dan mubaligh. Kemudian saya akan menyerahkan kepada Tuan-Tuan dan Puan-Puan untuk menentu dan mengadili isu nuklear Iran sebagai satu realiti dan sebagai ruang menguji tahap kejujuran, keberkesanan, keazaman dan kemenangan. Segala cadangan saya akan dikemukakan di akhir ucapan ini.

Seperti maklum kita sedang menghadapi pelbagai cabaran penting yang di antaranya akan saya rujuk.

1 – Cubaan terancang memusnahkan institusi kekeluargaan dan merendahkan lagi status wanita


Keluarga itu institusi paling keramat dan berharga. Ia berperanan sebagai pusat kepada segala rasa cinta dan kasih-sayang ibu-bu, bapa-bapa dan anak-anak, dan ia juga satu alam yang selamat bagi mendidik dan membentuk generasi manusiaserta sebagai ruang subur bagi memekarkan segala sentimen dan emosi. Insitusi ini sentiasa dihormati semua bangsa, agama dan budaya.

Hari ini kita sedang menyaksikan satu serangan oleh penceroboh dan musuh kemanusiaan yang berazam meruntuhkan institusi keluarga. Mereka mensasarkan institusi yang begitu terhormat ini dengan mempromosikan kelucahan, keganasan dan meruntuhkan sempadan kehormatan dan peradaban.

Penjelmaan wanita sebagai kemuncak ekspresi kecantikan, kemurahan hati, cinta dan keluhuran menjadi sasaran untuk dieksploitasikan sejak beberapa dekad oleh kuasa-kuasa besar media dan kekayaan. Dalam sesetengah masyarakat, wanita terjerumus hingga menjadi hanya sekadar menjadi alat publisiti. Segala ciri kemuliaan, kebersihan dan kecantikan sebenar telah hilang – terhakis. Ini dianggap penderhakaan kepada tamadun manusia, kepada generasai-generasi akan datang dan tamparan kuat kepada kesepaduan masyarakat.

2. Perlanggaran Hak Asasi Manusia.,pengganasan dan pencerobohan yang berleluasa

Malang sekali hak asasi manusia dicabuli secara berleluasa oleh sesetengah kuasa besar, terutama mereka yang berpura-pura memperjuangkan kedaulatannya. Di antara contoh pencabulan termasuk pembinaan penjara-penjara tersembunyi, perbicaraan dan hukuman secara rahsia, mengintip perbualan telefon, membuka surat kepunyaan orang lain dan arahan serta saman supaya menghadirkan diri di balai-balai polis dan pusat-pusat keselamatan menjadi perkara biasa dan sering berlaku. Mereka menghukum para saintis dan ahli sejarah kerana mengutarakan pendapat berhubung isu-isu penting global. Mereka memberikan pelbagai alasan dan dalih untuk menceroboh dan menjajah negara-negara berdaulat dan seterusnya mencetuskan kekecohan dan perkelompokan, dan mereka menggunakan keadaan itu untuk meneruskan kependudukan di tempat-tempat tertentu.

Sudah lebih 60 tahun Palestin diletakkan di bawah penjajahan haram rejim Zionist sebagai 'pampasan' di atas segala kerugian puak Yahudi sepanjang Perang Dunia Kedua di Eropah.

Disebabkan ini rakyat Palestin menjadi musafir. Terpaksa berpindah-randah selain sentiasa menjadi mangsa tekanan kuasa ketenteraan, sekatan ekonomi dan di kurung dalam keaadaan yang daif dan kotor. Dikala semua ini berlaku pihak penjajah pula sentiasa dilindungi dan dipuji, sementara rakyat Palestin yang tidak berdosa bertubi-tubi dihimpit propaganda tentera dan politik.

Bekalan air, elektrik dan perubatan kepada penduduk Palestin dipotong kerana 'dosa' meminta kebebasan. Sebagai tindak balas kepada pemilihan kerajaan sah secara demokratik, penjajah zionis mensasar dan memangsakan pula kerajaan Palestin itu. Pengganas dikerah untuk melancarkan serangan ke atas kehidupan dan harta-benda penduduk dengan diselia oleh ahli politik dan pegawai-pegawai tentera kuasa besar.

Pihak zionis juga melancarkan operasi membunuh tokoh-tokoh dan individu Palestin tertentu di kediaman mereka dan di bandar-bandar. Kezaliman bukan dikecam tetapi sebaliknya dibalas dengan anugerah pingat keamanan kepada pengganas-pengganas tersebut daripada kuasa-kuasa besar. Di penjuru lain rejim zionis juga mengumpul ribuan orang Yahudi dari serata dunia yang dikatakan miskin untuk diberikan bantuan, pekerjaan, makanan dan seterusnya menempatkan mereka di wilayah-wilayah yang dijajah. Mereka didedahkan kepada suasana hidup yang begitu mencabar dari segi psikologi – tekanan yang memaksa mereka supaya sentiasa berseteru dengan penduduk Palestin yang dikatakan ganas, lantaran memanjangkan konflik dan krisis.

Iraq diceroboh dengan alasan kononnya untuk menggulingkan seorang diktator. Mereka ajuga mendakwa kononya terdapat stok rahsia senjata pembunuhan beramai-ramai di negara itu. Diktator Iraq yang dulunya disokong penjajah yang sama seterusnya berjaya digulingkan dan sekali gus stok senjata pembunuhan beramai-ramai tidak dapat dikesan kerana sebenarnya ia tidak pernah wujud. Dan penjajahan berterusan di sebalik pelbagai alasan lain.

Hingga ke hari ini tiada sehari pun berlalu tanpa penduduk Iraq dibunuh, dicederakan ataupun diusir, dan pihak penjajah bukan sekadar enggan bertanggung-jawab dan berasa malu, malahan mendabik dada menyiarkan kepada media tentang pasaran baru untuk menjual senjata-senjata mereka berikutan tindakan pencerobohan ketenteraan ini. Dengan berdegil enggan mengaku kalah dan meninggalkan Iraq, mereka juga terus menentang perlembagaan, Majlis Perhimpunan Kebangsaan negara itu dan kerajaan yang dipilih secara sah dan demokratik oleh rakyat Iraq

Malang sekali apa yang kita lihat ialah hakikat bagaimana kuasa-kuasa besar tidak langsung menghormati mana-mana negara ataupun manusia. Apa yang mereka pentingkan hanyalah diri sendiri, kelompok dan kumpulan masing-masing. Pada mereka, hak asasi manusia hanya bererti keuntungan kepada syarikat dan kawan-kawan. Hak dan nama baik rakyat Amerika juga dikorbankan demi nafsu tamak.

3. Keganasan terhadap budaya tempatan dan nilai kebangsaan

Budaya adalah ekspresi identiti. Ia juga kunci keselamatan sesebuah negara dan asas interaksi sesuatu bangsa dengan bangsa yang lain. Dalam sesebuah pergerakan terancang, budaya tempatan yang menjadi penyampai fahaman kepercayaan kepada satu Tuhan, cinta dan persaudaraan kini menjadi sasaran serangan yang meluas dan membinasakan. Nilai-nilai kebangsaan, adat resam dicemuh sementara karekter negara dipersenda dan dimalukan. Tujuan semua ini ialah untuk mempromosikan agenda liberal, konsumerisme, ketidakpercayaan kepada Tuhan, meruntuhkan nilai kemanusiaan dan mencuri kekayaan negara mangsa oleh kuasa-kuasa besar.

4. Kemiskinan, buta huruf, sekatan bantuan perubatan dan jurang perbezaan di antara yang miskin dan kaya

Sebahagian besar kawasan alam semula jadi di Asia, Afrika dan Amerika Latin sedang dicabul melalui penguasaan politik dan ekonomi koleh uasa-kuasa besar tertentu. Keadaan ini menyebabkan kadar kemiskinan begitu membimbangkan. Bangsa-Bangsa Bersatu merekodkan statistik berikut:

  • Setiap hari hampir 800 juta orang kelaparan dan kira-kira 980 juta merengkuk dalam kancah kemiskinan dengan kuasa membeli kurang daripada satu dolar Amerika.
  • Penduduk di 31 negara, iaitu 9 peratus daripada jumlah penduduk dunia mempunyai jangka hayat hanya setakat 46 tahun – 32 tahun kurang berbanding sesetengah negara.
  • Nisbah di antara yang kaya dan yang miskin dibeberapa bahagian dunia dianggar 40 kali ganda.
  • Di banyak negara sedang membangun kadar kematian ketika melahirkan anak dianggarkan 450 bagi setiap 100,000 orang ibu. Nisbah ini hanya 7 di negara-negara maju dan nisbah kematian bayi dianggarkan 59 bagi negara-negara sedang membangun berbanding 6 di negara-negara maju.
  • Satu pertiga daripada kadar kematian di dunia, iaitu 50,000 setiap hari adalah disebabkan kemiskinan.

Saya percaya angka-angka ini mencerminkan dengan jelas keadaan tragis yang sedang mencengkam ekonomi dunia hari ini.


 

5. Sikap tidak mempedulikan nilai-nilai mulia dan mempromosikan penipuan dan muslihat.

Sesetengah kuasa besar sanggup mengorbankan nilai kemanusiaan, termasuk kejujuran, kesucian dan sifat amanah untuk kepentingan diri. Mereka menanam rasa curiga dan menggunakan penipuan dalam perhubungan di antara kerajaan dan rakyat. Mereka berdusta secara terang-terangan, mengemukakan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap orang lain, bertindak bertentangan dengan undang-undang dan seterusnya membunuh kepercayaan dan persahabatan. Mereka secara terbuka mengenepikan moral dan nilai-nilai mulia dalam semua perhubungan dan menggantikannya dengan sifat tamak, kesombongan, permusuhan, perseteruan dan penipuan.

Mereka mengorbankan segala yang baik dan yang luhur demi nafsu tamak.


 

6. Pencabulan undang-undang antarabangsa dan tidak menghormati komitmen yang dibuat

Ada di antara mereka yang pernah terbabit dalam tugas merangka undang-undang antarabangsa dengan secara terbuka mencabuli undang-undang itu dan menggantikannya dengan dasar-dasar diskriminasi. Mereka merangkakan peraturan pelucutan senjata, tetapi sebaliknya menjalankan ujian dan menambahkan senjata-senajata yang lebih berbahaya setiap hari. Mereka menggariskan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu tetapi tidak menghormati hak orang lain menentukan cara pemerintahan, kedaulatan dan kemerdekaan negara. Mereka dengan mudah membatalkan perjanjian-perjanjian rasmi dan enggan mematuhi undang-undang untuk melindungi alam sekitar. Kebanyakan perlanggaran tanggung-jawab antarabangsa ini dilakukan oleh segelintir kuasa besar dunia.


 

7. Peningkatan ancaman dan perlumbaan senjata

Sesetengah kuasa, apabila gagal melaksanakan sesuatu mengikut logik, dengan mudah merujuk kepada ancaman. Tangan-tangan sasa perlumbaan senjata melemparkan bayangan ancaman yang mencengkam dunia. Negara-negara di Eropah menjadi mangsa dua perang dunia besar, beberapa konflik serius dan selanjutnya terpaksa berhadapan dengan kesan Perang Dingin selama beberapa dekad. Hari ini orang Eropah masih lagi hidup di bawah bayangan ancaman. Segala harta milik mereka termasuk keselamatan sentiasa dalam keadaan tergugat ekoran perlumbaan senjata oleh kuasa-kuasa besar tertentu.

Satu kuasa besar yang terkenal dengan sifat membuli negara-negara lain memberikan dirinya hak untuk membina satu sistem peluru berpandu. Kesannya menggugat kestabilana sebuah negara lain. Kuasa besar itu juga sedang bersiap untuk menyertai perlumbaan senjata yang lebih intensif.

Ada negara yang secara luaran dilihat begitu gagah dan berkuasa, tetapi berkelakuan seperti kanak-kanak yang baru dihadiahkan pistol mainan air, lantaran berasa begitu gagah memancutkan air ke arah semua berhampiran selain sentiasa mengancam orang lain dan mencetuskan ketidaktenteraman.


8.Ketidakberkesanan mekanisme antarbangsa mengatasi cabaran dan mewujudkan keselamatan dan keselamatan dunia yang mantap

Organisasi dan mekanisme antarabangsa jelas tidak mempunyai keupayaan mengatasi segala masalah dan cabaran untuk merealisasikan perhubungan adil dan saksama, keamanan, persaudaraan dan keselamatan serantau. Tidak ada satu pun kerajaan atau negara yang meletakkan harapan terhadap mekanisme-mekanisme tersebut untuk mempertahankan hak, kemerdekaan, daulatan wilayah dan kepentingan mereka.

Kawan-kawan Semua,

Cabaran yang kita hadapi sebenarnya lebih hebat daripada apa yang telah saya sebutkan dan saya boleh mendedahkan banyak lagi jika mahu, tetapi saya memilih untuk menghadkan diri kepada apa yang telah saya bentangkan tadi. Yang penting sekarang ini ialah persoalan berhubung punca kesemua cabaran tersebut. Analisis rapi secara saintifik menunjukkan bahawa punca keadaan sekarang ini disebabkan dua faktor utama.

Tidak sangsi lagi, faktor pertama ialah perhubungan yang tercipta berikutan kesan Perang Dunia Kedua.

Pihak yang menang dalam perang itu melakarkan peta dan rancangan bagi menguasai dunia, tetapi bukan berdasarkan keadilan, sebaliknya bagi menentukan penguasaan mereka ke atas negara-negara yang ditundukkan. Oleh itu, mekanisme yang terbina daripada pendekatan ini dan dasar-dasar berkaitan tidak berupaya menyelesaikan masalaah-masalah dunia sepanjang 60 tahun lalu.

Ada di antara kuasa-kuasa besar yang masih berlagak seperti wira Perang Dunia. Mereka menganggap negara lain termasuk yang langsung tidak terbabit dalam peperangan sebagai pihak yang ditewaskan. Mereka menghina negara-negara lain dan memeras-ugut berdasarkan kedudukan hirarki sosial yang tidak ubah seperti sistem feudal. Dengan sombong dan bongkak mereka menganggap diri lebih tinggi daripada orang lain dan tidak perlu memberi penjelasan kepada mana-mana kerajaan atau badan antarabangsa di atas segala perlakuan mereka.

Kawan-kawan, Tuan Pengerusi,
Puan-Puan dan Tuan-Tuan,

Malangnya, di antara organisasi yang berkesan, Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu berada di kedudukan teratas. Mereka mewujudkan keadaan di mana beberapa negara diberikan hak eksklusif dan istimewa untuk menggunakan kuasa veto di Majlis Keselamatan sebagai pendakwa, hakim dan tukang hukum tanpa mengambil kira sama ada sesuatu pihak itu yang tertuduh atau yang dituntut. Memang lumrah bagi negara-negara yang dimangsakan tidak mendapat pembelaan dari Majlis ini.

Juga malangnya manusia telah menyaksikan dalam kesemua perang besar seperti di Korea, Vietnam, perang Zionis menentang Palestin dan Lubnan, perang menentang Saddam dan rakyat Iraq dan perang etnik di Eropah dan Afrika, terdapat satu anggota Majlis Keselamatan di antara yang berseteru atau setidak-tidak pun menyokong satu pihak dalam konflik dberkenaan. Lihat saja kepada Iraq; Mereka bermula dengan pencerobohan dan hanya selepas itu mendapatkan kebenaran rasmi daripada Majlis Keselamatan – majlis yang sama dalam mana pihak penceroboh mempunyai kuasa veto.

Oleh itu, kepada siapakah boleh rakyat Iraq mengadu dan kemanakah sepatutnya mereka membawa aduan dengan harapan mendapat pembelaan yang adil?

Kita telah menyaksikan bagaimana dalam menangani konflik di Lubnan sesetengah kuasa sengaja melengahkan keputusan Majlis Keselmatan dengan harapan memberi kemenangan kepada rejim zionis. Bagaimanapun, apabila mereka berasa marah dengan rejim tersebut barulah mereka meluluskan penguatkuasaan genjatan senjata, walhal tugas Majlis Keselamatan ialah untuk menghalang daripada berlaku konflik berleluasa selain mengenakan genjatan senjata, memupuk keselamatan dan keamanan. Kepada siapakah boleh rakyat Lubnan mengadu mengadu?

Segelintir kuasa besar cenderung memonopoli dan menyekat Majlis Keselamatandaripada menjalankan tugas mengawal keamanan dan melaksanakan keselamatan berteraskan keadilan. Kredibiliti Majlis Keselamatan itu kini tercemar dan keberkesanannya dalam usaha mempertahankan hak anggota telah dimusnahkan. Ini menyebabkan banyak negara tidak lagi yakin dengan Majlis itu.

Juga terdapat mekanimse-mekanisme lain, seperti mekanisme kewangan dan perbankan yang turut berada dalam keadaan pincang. Mekanisme-mekanisme ini dijadikan alat bagi memaksa penerimaan kehendak kuasa besar ke atas negara-negara lain.


Terbukti mekanisme-mekanisme tersebut tidak berupaya menangani keperluan masa kini dan menyelesaikan segala cabaran untuk mewujudkan perhubungan adil dan berpanjangan.

Kawan-kawan sekalian,

Tiada sangsi bahawa faktor kedua dan yang lebih penting ialah sikap kuasa-kuasa besar yang tidak memperdulikan isu moral, keagamaan, pengajaran para Nabi dan Rasul dan seterusnya hala-tuju yang ditetapkan Allah selain batasan-batasan dosa dan pahala. Dalam keadaan sebegini bagaimana agaknya manusia berdosa mengawal dan mengurus hal kemanusiaan jika diri sendiri pun tidak mampu ditangani.

Malang sekali, mereka menganggap diri sebagai Tuhan! Mereka hanya berjuang untuk memenuhi segala keinginan dan nafsu sendiri. Bagi mereka, nyawa, maruah manusia dan segala harta kepunyaan orang lain tidak lagi penting.

Tubuh kemanusiaan kini tercedera teruk akibat perbuatan kuasa-kuasa besar yang tamak dan tidak berhati-perut. Hari ini, segala masalah yang dihadapi penduduk di seluruh dunia berpunca daripada ketiadaanrasa hormat kepada nilai kemanusiaan, moral dan juga pengurusan adil dan bijaksana oleh mereka yang berkuasa.

Kawan-kawan, Puan-puan dan Tuan-tuan,

Satu-satunya cara terbaik untuk kesejahteraan manusia ialah dengan berpandukan ajaran-ajaran para Nabi, kerpercayaan kepada satu Tuhan, menghormati maruah manusia dan sentiasa menjalinkan rasa cinta dan kasih-sayang dalam semua perhubungan, pertalian dan peradaban. Kesejahteraan akan dengan sendirinya pulih berdasarkan struktur ini.

Bagi mencapai matlamat ini, saya mempelawa anda semua supaya berkerjasama membina satu gabungan persaudaraan, kewarasan dan pemupukkan keamanan berpanjangan berdasarkan kepercayaan kepada satu Tuhan dan keadilan di bawah nama "Pakatan Keamanan." Pakatan ini akan kebal daripada sebarang pencerobohan, kebiadabaan dan seterusnya menjana budaya kemesraan dan kesaksamaan. Dan dengan ini, saya mengumumkan dengan bantuan dan kerjasama semua negara merdeka, berdaulat dan yang cintakan keamanan dan keadilan supaya menjejaki arah yang akan dipimpin oleh kami, Republik Islam Iran.

Kepercayaan kepada satu Tuhan, keadilan dan kasih-sayang di antara manusia seharusnya mejadi keutamaan piagam Bangsa-Bangsa Bersatu, dan pertubuhan ini juga perlu dijadikan punca rujukan soal-soal keadilan di mana setiap anggota boleh menikmati sokongan kerohanian dan perundangan yang saksama.

Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai suara rasmi masyarakat antarabangsa akan dianggap komponen paling penting dalam pertubuhan itu. Ia perlu bebas daripada sebarang tekanan dan ancaman kuasa-kuasa besar. Ia perlu mengambil langkah serius menstruktur semula dirinya, terutama menukar status Majlis Keselamatan dan mendefinasikan struktur baru berdasarkan keadilan dan demokrasi dengan hasrat menjadikannya satu badan yang proaktif kepada keperluan semasa selain mampu meneyelesaikan segala cabaran masa kini. Semua ini akan membawa kepada pengwujudan keselamatan dan kestabilan dunia yang berpanjangan.

Tuan-Tuan yang dihormati,

Isu nuklear Iran merupakan contoh jelas prestasi dan pemikiran mekanisme-mekanisme yang saya maksudkan.

Seperti anda semua maklum, Iran adalah ahli rasmi Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, IAEA, dan sentiasa mematuhi segala undang-undang dan peraturan yang termaktub. Selain itu Iran juga telah begitu lama berkerjasama dengan agensi tersebut dalam pelbagai aspek. Kesemua projek nuklear kami adalah telus dan hanya untuk tujuan keamanan.

Menurut undang-undang IAEA, semua ahli mempunyai hak dan komitmen. Semua ahli wajib menjalan aktiviti secara aman dan di bawah pengawasan pihak agensi berkenaan. Ahli-ahli juga berhak disokong oleh agensi selain memperolehi kitaran bahan bakar dengan bantuan agensi dan ahli-ahli lain.

Setakat ini, Iran telah memenuhi semua kewajipannya tetapi masih dikecualikan daripada menerima bantuan teknikal daripada ahli-ahli, dan ada kalanya sokongan daripada pihak agensi sendiri. Dan dalam pada itu, kuasa-kuasa besar yang telah saya sebutkan tadi sentiasa cuba menafikan negara Iran haknya sebagai ahli dengan cara memberi tekanan ke atas agensi.

Mereka berusaha menggagalkan hak sah Iran untuk membina kemampuan tenaga nuklear dan mempolitikkan suasana untuk keepentingan sendiri.

Iran sememangnya bersungguh-sungguh dalam usaha membina keyakinan. Bagaimanapun, tiada apa pun yang dapat memuaskan kehendak kuasa besar selain memberhentikana sepenuhnya projek nuklear termasuk aktiviti-aktiviti berkaitan seperti program kajian akademik di universiti.

Matlamat mereka ialah menafikan hak sah negara Iran. Dan dengan itu juga kesemua stesen nuklear yang tidak ada kaitan dengan usaha mengitar-semula bahan nuklear juga diarah tutup. Dan selepas tiga tahun berunding dan mencuba membina keyakinan, negara Iran akhirnya meneyedari apa yang sebenarnya diinginkan oleh kuasa-kuasa besar tersebut bukanlah mengaggalkan apa yang sengaja disifatkan sebagai penyalahgunaan tenaga nuklear, tetapi sebaliknya untuk menyekat Iran daripada maju dalam lapangan sains.

Jika ini berterusan tiada peluang lagi untuk Iran menikmati segala haknya walaupun menunggu lagi 20 tahun. Oleh itu, Iran mengambil keputusan untuk terus memperjuangkan haknya melalui undang-undang sebagai ahli IAEA dan menafikan rancangan pincang kuasa-kuasa besar terhadapnya.

Melalui cara-cara sah ini juga Iran akan sentiasa bersedia untuk duduk semeja bagi menerangkan kedudukan dan mempertahankan haknya.

Dengan menyalahgunakan Majlis Keselamatan, kuasa-kuasa besar yang bongkak ini bertubi-tubi menuduh Iran selain menggunakan ancaman ketenteraan terhadapnya sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun, dengan berkat keimanan dan perpaduan rakyat, Iran kini mula mengorak langkah ke arah kemajuan. Iran kini diiktiraf sebagai sebuah negara dengan keupayaan penjanaan dan mengitar-semula tenaga nuklear untuk tujuan aman.

Keadaan menyebelahi kami kerana baru-baru ini pihak IAEA telah cuba mendapatkan kembali peranannya sebagai penyokong hak semua ahli dan sebagai penyelia aktiviti-aktiviti nuklear. Kami menyambut baik perubahan itu. Sebelum ini, mereka dengan cara tidak sah telah cuba mempolitikan kes tenaga nuklear Iran, tetapi hari ini, terima kasih kepada semangat ketahanan negara Iran, isu tersebut kembali ke tangan pihak agensi. Dengan ini saya dengan rasminya mengumumkan bahawa di pihak kami isu nuklear Iran ditutup dan hanya menjadi perkara biasa. Dan hari ini banyak persoalan ditimbulkan oleh beberapa kuasa besar berhubung aktiviti-aktiviti nuklear Iran di bawah peraturan agensi. Persoalan-persoalan ini akan dikaji secara rapi. Iran sentiasa bersedia untuk berbincang secara konstruktif dengan mana-mana pihak.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua negara yang telah berusaha membantu mempertahankan hak sah Iran dan saya juga menghargai peranan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), sahabat-sahabat dalam Majlis Keselamatan, Lembaga Gabenor IAEA, pakar-pakar yang komited dan menyanjungi undang-undang dalam agensi berkenaan dan juga tidak terkecuali Ketua Pengarahnya di atas pendiriannya mempertahankan kami. Saya juga ingin mengumumkan bahawa berbeza dengan hasrat tamak kuasa-kuasa besar, Iran sentiasa bersedia menghulurkan bantuan pengalaman kepada mana-mana ahli dalam bentuk pogram latihan selari dengan kewajipannya di bawah undang-undang dan peraturan agensi.

Dan sekarang saya ingin menujukan hujah saya kepada mereka yang memangsakan Iran sepanjang lima tahun lalu. Mereka yang telah melukakan hati rakyat Iran dan menuduh kami yang telah ribuan tahun telah menyumbang kepada pembangunan tamadun manusia dan sejarah dunia. Saya menasihatkan mereka mengambil iktibar daripada segala kesalahan mereka. Mereka telah menganaiya negara Iran tetapi mereka perlu berhati-hati supaya tidak mengulangi perbuatan yang sama ke atas negara lain dan jangan mengorbankan integriti organisasi-organisasi antarabangsa demi kepentingan diri. Hari ini negara-negara di dunia telah terjaga dari tidur. Mereka lebih bersedia, bertenaga dan mempunyai semangat ketahanan yang kental. Jika anda menukar cara hidup anda, seluruh dunia akan mencontohinya.

Pada dasarnya semua negara adalah baik belaka dan boleh hidup dengan penuh harmoni. Yang penting mereka menumpu kepada usaha membantu rakyat sendiri dan bukan mencampuri hal negara lain.

Ini bukan zaman dan masanya untuk kuasa-kuasa besar kembali ke jalan kebongkakkan dorongan syaitan. Ini masanya untuk kembali kepada jalan benar.

Apakah dalam segala ketaksuban ini mereka tidak lagi ingin dibersihkan daripada segala pencemaran dan dosa? Kepercayaan kepada Tuhan bererti mempercayai keikhlasan, kesucian, keadilan dan mencintai semua!

Mereka pasti akan mendapat keuntungan dan keberkatan daripada pendirian yang ikhlas, jujur, suci dan menghormati sesama manusia. Pasti lambat laun mereka akan dianggap kuasa yang dihormati dan bernilai di mata dunia.

Inilah sebenarnya tawaran yang dibuat oleh para Nabi dari Adam, Noh, Ibrahim, Musa, Isa dan Mohammad s.a.w. Dan sekiranya mereka menyahut tawaran ini, mereka nescaya akan diselamatkan dan jika mereka enggan, malapetaka yang telah dijatuhkan ke atas golongan yang terdahulu akan juga menimpa mereka.

Seperti mana yang disebut dalam Al Quran: " Mereka yang tidak menyahut seruan Allah tidak sepatutnya menganggap dirinya telah menundukkan Tuhan di bumi ini; baginya tiada sahabat selain Allah dan mereka akan sentiasa diselubungi kegelapan".

Mereka tidak mempunyai sebarang apa yang boleh diertikan sebagai hak sendiri dan mereka tidak akan dapat melarikan diri daripada kuasa Allah. Dalam perhimpunan agung ini saya rasa terpanggil untuk mengingatkan mereka ayat-ayat Allah yang disebut dalam Al Quran:

"Apakah mereka tidak melihat kepada kuasa dan kerajaan yang mendahului mereka? Jika golongan yang lalu memiliki sesuatu, pasti mereka telah menyimpannya dan tidak akan membenarkan kamu memilikinya kini. Allah membinasakan mereka kerana dosa mereka dan tiada siapa pun mampu melindungi mereka daripada kehendak Allah."

Mereka perlu sedar bahawa segala cara dan tradisi berasaskan pemangsaan, tekanan dan ketidakadilan akan musnah akhirnya. Apakah mereka tidak dapat melihat tanda-tanda berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, sikap dermawan dan semangat keadilan di antara negara-negara di dunia? Apakah mereka tidak menyedari akan keruntuhan empayar-empayar? Saya harap jemputan dan tawaran ini akan mendatangkan hasil yang berkesan.

Hadirin sekelian,

Semua negara tidak perlu patuh kepada sikap ketidakadilan sesetengah kuasa besar yang tamak itu. Berdasarkan sikap simbong dan bongkak, kuasa-kuasa besar ini kini telah hilang keupayaan untuk memimpin dunia.

Dan dengan itu saya mengisytiharkan dengan rasminya zaman pincang yang muncul daripada debu kesengsaraan dan keruntuhan Perang Dunia Kedua serta pemikiran materialistik yang sombong dan bongkak kini berakhir.

Kemanusiaan telah melepasi jeram yang berbahaya dan kini zaman kepercayaan kepada satu Tuhan, kesucian, persaudaraan, menghormati orang lain, keadilan dan keamanan sebenar telah bermula.

Inilah janji Allah bahawa kebenaran akan membawa kemenangan dan dunia ini akan diwarisi oleh mereka yang benar. Anda sebagai warga dunia yang bebas perlu beriman kepada Allah. Anda yang inginkan nilai tertinggi di mana jua anda berada perlu bersiap bagi dipenuhi segala janji Allah ini dengan cara berjasa kepada manusia dan mencari keadilan.

Zaman kegelapan akan berakhir. Tawanan akan kembali ke rumah dan kampung halaman, jajahan yang dicerobohi akan dibebaskan, Palestin dan Iraq akan memboloskan diri daripada cengkaman penceroboh dan rakyat Eropah akan dibebaskan daripada segala tekanan zionis. Kerajaan-kerajaan yang berhati lembut dan cintakan kemanusiaan akan menggantikan kerajaan yang agresif dan yang memangsakan pihak lain. Maruah manusia akan ditebus kembali. Keharuman segar keadilan akan mula menembusi seluruh pelusuk dunia dan manusia akan hidup aman dalam suasana persaudaraan.

Perjuangan cara murni untuk kebenaran dan apa yang telah dijanjikan sebenarnya penawar akhir bagi mengubati luka-luka kemanusiaan, penyelesaian kepada segala masalah dan pengwujudan rasa cinta, keindahah, keadilan dan kegembiraan di seluruh dunia. Kepercayaan dan usaha ini adalah kunci kepada perpaduan dan interaksi konstruktif di kalangan negara-negara, masyarakat dan semua yang cintakan keadilan.

Tidak sangsi lagi, apa yang yang dijanjikan – bahawa Penyelamat dan Pesanan terakhir akan diperturunkan. Di kalangan semua yang mempercayai ketentuan Allah, keadilan dan yang mencari keberkatan, Dia akan mewujudkan masa depan yang cerah selain memenuhi dunia dengan keadilan dan keindahan. Inilah janji Allah dan ia nescaya akan dipenuhi.

Marilah kita mainkan peranan dalam usaha ke arah merealisasikan saat kemenangan dan keindahan ini.

Saya mengharapkan masa depan yang cerah, dan pancaran fajar kebebasan dan emansipasi bagi semua manusia di mana budaya cinta serta kasih-sayang menular di serata dunia serentak dengan penghapusan sikap penindasan, kebencian dan keganasan. Saya percaya harapan ini akan menjadi kenyataan sedikit masa lagi.