Thursday, April 26, 2007

Najib semakin desperado jadi ‘Raja Lawak’ lucah di Ijok

Dr Dzulkifli Ahmad

Malam kelmarin (Selasa 23 hb April) Dato' Seri Najib Tun Razak, mempamerkan personaliti dan jati dirinya yang sebenar, yang sememang telah lama dikaitkan umum dengan skandal seks, yang sehingga kini masih menanti dibongkar dengan menggunakan bahasa lucah dalam ceramahnya.

Berikut dipaparkan inti ucapan kempen Timbalan Perdana Menteri Malaysia, itu kepada pengundi Dun Ijok, untuk anda nilaikannya.

Tanpa provokasi beliau telah memulakan ceramahnya dengan secara selesa berseloroh dengan sebutan lucah Batang Berjuntai, menekankan nama 'Batang' yang masih tak berubah.

Seolah-olah hanya bercakap kepada kelompok Umnonya sendiri dengan tidak menghiraukan masyarakat umum yang turut hadir untuk mendengar penerangan beliau, Najib lalu menyebutkan bahawa ‘pembangkang, depan cakap lain, belakang, cakap lain'.

Tanpa segan silu sekali lagi Najib mengingatkan hadirin bahawa ada orang sensitif tentang 'belakang'.

Beliau menyempurnakan kelucahan nya dengan memberi jaminan bahawa walaupun Parthiban tidak kawin sampai 39 tahun, tetapi beliau jamin Parthiban masih sempurna dari atas ke bawah, dan tempoh hari menegaskan bahawa Parthiban tidak berkahwin bukan kerana pekakasnya rosak!

Umum menjadi lebih termangu-mangu dengan lawak lucah dan dangkalnya seolah seperti salah seorang peserta amatur program realiti "Raja Lawak".

Apahal pula seorang TPM perlu menyebutkan perkara-perkara ini dan tidak langsung menunjukkan peribadi yang punya wibawa dan maruah sehingga sanggup memperkenalkan dan mengaibkan calonnya sendiri dengan secara sebutan lucah seperti ini.

Apakah ini yang didakwa umum cara budaya ahklak pemimpin tertinggi Umno yang mendukungi Islam Hadhari? Ramai yang bertanya!

Tentunya Parthiban, sebagai seorang manusia biasa akan terasa dihina dengan pengenalan sedemikian.

Parthiban diaibkan oleh Khir Toyo

Apatah lagi beliau baru diaibkan oleh Menteri Besar Selangor dan kini Najib sendiri yang menjamin pengundi Ijok bahawa beliau akan melantik wakil peribadinya, meskipun Parthiban menang dalam pilihnaraya kecil N11 Dun Ijok nanti.

Ternyata bahawa MB Selangor ini, secara terang-terangan membuat pernyataan bahawa beliau tidak yakin kepada calon mereka sendiri.

Kenyataan ini mengesahkan dakwaan bahwa wujudnya sentimen perkauman dalam kepimpinan BN.

Parthiban dan kaum India tentunya terasa diperkecilkan dan dirinya tak mampu mewakili kepentingan orang Melayu.

Najib memfitnah Khalid Ibrahim

Najib tampak semakin tertekan dengan serangan penerangan pembangkang dan terdesak untuk mendapat sokongan pengundi di Ijok lalu mengambil pendekatan ‘mengumpat dan menyerang peribadi’ calon (character assasination).

Dulunya dia dakwa dirinya difitnah, tetapi kini dia sudah pula yang hendak memfitnah. Persoalannya fitnah atau bukan fitnah tergantung kepada kebenaran sesuatu yang dikatakan! Umum sedia tahu.

Tuduhan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim kedekut masa dalam Umno dulu dan kini akan menjadi lebih kedekut lagi di luar Umno adalah bertentangan dengan kesediaan Tan Sri untuk memberi khidmat kepada penduduk bukan sahaja di Ijok.

Bahkan di seluruh Kuala Selangor seperti yang beliau telah buktikan dalam usaha beliau terlibat dalam usaha Yayasan Pembasmian Kemiskinan Kuala Selangor sejak 10 tahun yang lalu.

Pertikaian Najib bahawa Tan Sri sudah tidak lagi menjadi ‘heavyweight’ kerana tidak lagi memegang jawatan “CEO” dalam Guthrie atau PNB mencerminkan sikap dan nilai kebendaan pimpinan tertinggi Umno/BN yang rakus kepada kuasa kerana menyangka hanya yang punya kuasa ‘mampu’ melakukan apa sahaja!

Mereka tidak tahu bahawa yang dinilai dan diktiraf oleh Allah SWT dan disanjung oleh manusia adalah peribadi pemimpin yang ikhlas berkorban, berjuang dan berani mengambil risiko demi kemaslahatan agama, rakyat dan negara.

Di segi itu rakyat umum tahu siapa sebenarnya heavyweight, lightweight atau 'No Weight'! Atas ukuran ini, Najib itu apa?

Ijok lebih maju jika Khalid dipilih

Andainya Tan Sri dipilih sebagai Wakil Rakyat ADun Ijok akan menjadi suara rakyat yang mewakili kepentingan rakyat di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Tentunya penghujahan Tan Sri yang mantap, berilmu serta bermaklumat akan digeruni oleh pimpinan Umno/BN.

Dengan gandingan Ahli-ahli YB dari pembangkang yang lain, sesungguhnya Tan Sri akan menjadi 'heavyweight' yang Umno/BN takuti!

Inilah peluang terbaik untuk pengundi di Dun Ijok untuk menyatakan bahawa mereka berani mengundi pembangkang, kerana calon pembangkang ini bukan sahaja anak jati kawasan ini, tetapi antara anak jati yang bersedia untuk meneruskan mencurah khidmatnya.

Beliau tidak tampil untuk menjadikan politik kesempatan untuk mengkayakan dan membesarkan tembolok sendiri atau suku-sakatnya seperti pimpinan Umno yang diketahui umum kini.

Bahkan setelah mendapat gelaran Tan Sri dan juga telah berjaya dalam hidupnya di segi kekayaan dan pangkat, beliau dengan rendah hati menyatakan kesediaan untuk menjadi Yang Berkhidmat kepada rakyat dan negara.

Di segi ini pun sudah cukup jelas mengapa tuan-tuan perlu secara wajar dan bijak untuk memberi undi kepada beliau.

Saya tahu bagaimana beliau juga membangunkan kedudukan kewangan peladang-peladang di Indonesia bagi meraih keuntungan yang adil dalam perladangan kelapa sawit yang mereka usahakan dalam syarikat yang di pimpinnya.

Kini beliau mahu menora kejayaan yang sama di tanah tumpah darahnya.

Pengundi Ijok bijaksana menilai antara subsidi dengan maruah

Saya tidak perlu meyakinkan pengundi kerana saya percaya kebijaksanaan masyarakat Ijok ini, yang dapat dilihat sendiri oleh umum sebagai mampu hidup berdikari.

Masyarakat Ijok tidak perlu subsidi kerajaan untuk terus hidup bermaruah seperti juga anda tidak layak memberi subsidi undi kepada calon mereka.

Undi anda wajar digunakan untuk mempastikan suara rakyat akan diwakili di Dun Selangor oleh seorang Adun yang peka dan prihatin kepada kepentingan bahkan penderitaan rakyat di bawah sistem dan kerajaan yang mendera rakyat dengan berbagai kenaikan kos saraan kehidupan, samada tarik air, elektrik, tol, kesihatan dan kos pendidikan anak-anak dan termasuk pelbagai inflasi dalam kos kehidupan seharian.

Seorang lagi Adun BN, tambahan yang amatur, tidak akan menambah nilai kepada perdebatan di Dewan Undangan Negeri, kalau sekadar hadir angguk-angguk, geleng-geleng, tunjuk-tunjuk dan ikut tunjuk!

Sudah sampai masanya kita bertanya kepada pimpinan Umno/BN: Kenapa Baru Sekarang? Kenapa baru sekarang? Kenapa baru sekarang nak bagi?

Janji BN merasuah pengundi Ijok

Sejumlah RM 36 juta dijanjikan oleh MB Selangor kepada penduduk Ijok! Dalam 5lima hari berkempen, Najib dan menteri-menteri yang lain termasuk Khir Toyo, dengan penuh kemewahan menjanjikan ‘pemberian demi pemberian’ kepada pelbagai pihak dan projek.

Semalam sahaja sebanyak RM 3.6 juta termasuk masjid-surau, sekolah, balai Islam seolah-olah duit ini duit Umno. Semua ini wang rakyat!

Yang jelasnya kesemua pemberian adalah untuk menggula-gulakan dan memancing undi pada 28 hb April ini!

Saya ingin mengingatkan kesemua pihak yang dijanjikan pelbagai pemberian ini supaya mempastikan pimpinan Umno ini membayar kesemua janji ini dengan bayaran tunai segera kerana dengan izin Allah, calon PKR/BA, Tan Sri Khalid Ibrahim akan menang pada 28 hb April ini.

Banyak janji-janji mereka tidak mereka tunai, apatah lagi kalau yang baru mereka buat ini dan kalah pula.

Janji PM yang tidak tertunai khasnya untuk membenteras rasuah yang akhirnya mengakibatkan segala-gala krisis dan kemelut kepimpinan negara ini dalam 9 teras isu nasional (sila rujuk 9 isu-isu nasional).

Kalau anda memenangkan calon mereka, maka tambah-tambah lagi keangkuhan mereka untuk tidak meninjau dan mempeduli pengundi di Dun Ijok ini.

Saya ingin bertanya berapa kali MB Selangor telah datang ke Dun ini tuan-tuan sebelum pilihan raya kecil ini?

Sekian, mengundilah secara bijak dan wajar. Najib kata jangan mengundi kerana untuk menunjukkan protes.

Sesungguhnya, mengundilah dengan tujuan untuk memprotes bahawa rakyat tidak mahu terus-terusan didera di negara sendiri.

Buktikan bahawa warga pengundi Ijok tidak mudah digula-gula oleh sogokan-sogokan di saat saat akhir ketika waktu genting dan meruncing lalu meninggalkan rakyat setiap kali ketika mereka di beri kuasa oleh lanjutan subsidi rakyat!