Sunday, February 24, 2008

Integriti Nolee disokong pucuk pimpinan


Puteri Umno amat berbangga kerana pucuk pimpinan memberi peluang kepada seorang lagi ahli Puteri menjadi calon iaitu DUN Tualang Sekah, Perak.

Nolee Ashilin Mohd Radzi , 33 tahun, tidak asing di kalangan Puteri. Beliau merupakan Exco Puteri Pusat sejak zaman penaja seterusnya semasa era Datuk Azalina Othman Said sebagai Ketua Puteri dahulu.

Di bawah Datuk Azalina, Nolee memegang Pengerusi Biro IT di mana laman web gtputeri membantu menyangkal dakyah pembangkang dalam Pilihanraya ke 11.

Kini Nolee memegang Pengerusi Biro Pendidikan, antara Biro yang paling aktif bergerak ke serata pelusuk negara untuk memartabatkan pendidikan di kalangan generasi muda.

Nolee, seorang ahli perniagaan yang berjaya, adalah pemimpin Puteri berkaliber, prihatin, dan amat disegani. Semoga DUN Tualang Sekah akan bertambah maju bersama Pemimpin Muda ini nanti, InsyaAllah.