Saturday, March 22, 2008

Anwar & BR perlu hadapi kenyataan


 

Kenyataan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai DEB jelas akan merenggangkan dirinya daripada orang Melayu. Apakah dia ingat semua orang mempercayai yang kejayaan ASB dan ASN benar-benar mengkagumkan? Apakah itu benar?

Masih terdapat berjuta orang Melayu dan pribumi yang miskin. Apakah PKR dan DAP dapat membantu kesemua anak watan ini tanpa DEB (NDP)?

Ada sesetengah orang Melayu yang miskin menolak DEB dan lebih rela meneruskan hidup dalam kemiskinan...tetapi mereka lupa terdapat AIDS, dadah, seks bebas, Mat Rempit, jenayah dan lain-lain.

Memang mudah menyalahkan UMNO, tetapi statistik jangkitan AIDS tertinggi di Malaysia ialah di Pantai Timur Semenanjung!

Sekiranya PKR dan Barisan Alternative (BR) tidak berhati-hati, kedua-duanya boleh kehilangan sokongan daripada orang Melayu dengan cepat.

Daripada seorang hero Anwar boleh menjadi seorang anti-hero. Dan jika Wan Azizah mengundurkan diri untuk memberi laluan kepada suaminya dalam pilihan raya kecil, apakah orang Melayu akan menunjukkan kemarahan dengan cara tidak mengundinya?

Atau apakah Anwar merasakan dirinya masih boleh memperdayakan orang Melayu yang masih tidur? Siapakah yang akan mendidik orang Melayu untuk mengenali dunia sebenar?