Pak lah berkata bekas Ketua Pemuda PKR Mohd Ezam Mohd Nor ingin kembali ke pangkuan UMNO.
Menurut laporan yang tersiar dalam berita online, 'The Malaysian Insider' sebentar tadi, Pak Lah belum menawarkan Ezam apa-apa jawatan dan dia seterusnya berkata Ezam juga belum meminta apa-apa.
Mengenai sama ada UMNO akan menerimanya kembali, Pak Lah berkata, "boleh terima lah."
Apabila ditanya sama ada UMNO akan menerima sesorang yang pernah berpendirian begitu kritikal, Pak Lah berkata dulu dia di luar dan mungkin sekaranag dia sudah 'insaf.'
Komen Blogger:
Apakah yang tersirat dan tersurat dalam senario ini? Saya akur dengan kesabaran dan sifat mulia Pak Lah, tetapi janganlah keterlaluan sangat.
Saya di antara yang menyokong usaha membersihkan UMNO daripada oportunis dan petualang. Bagaimanapun, perkembangan terbaru ini tidak mungkin memanfaatkan agenda itu.
Apa dah jadi dengan ancaman Ezam mendedahkan berpeti-peti rahsia yang kononnya dapat membuktikan pelbagai kepincangan?
Berpendirian kritis terhadap UMNO pun payah diterima ahli dan pucuk pimpinan dan masih menjadi perdebatan, inikan pula menerima petualang yang memfitnah, memalu dan begitu ketara ingin menghancurkan parti yang kita amat sanjungi ini.
Apa kata diterima saja Ibrahim Ali masuk balik UMNO? Kan, pengharaman keahliannya sepanjang hidup hanya kata-kata kosong setelah menyaksikan perkembangan hari ini.
Dan jika diperhitungkan, pendirian Tun Mahathir juga tak mungkin seteruk ini...