Apakah kemasukan semakin ramai orang PKR didorong sokongan terhadap agenda proaktif Pak Lah atau sebaliknya?
Dengan khabar sejak kebelakangan ini pergeseran berlaku dalam angkata muda PKR dan ini yang mencetuskan hasrat di antara ramai ahli untuk memasuki UMNO.
Sudah tentu kemasukan mereka ke dalam UMNO tidak berani diisytiharkan sebagai bermotifkan hasrat 'mengambil-alih' kedudukan penting dalam parti itu, terutama Pergerakan Pemuda UMNO yang dikatakan semakin kecoh kepemimpinannya.
Anggota muda PKR ini mensasarkan pemuda UMNO kerana 'perjuangan' mereka yang kini menjadi laungan pertempuran yang begitu menyakinkan penyokong terhadap Pakatan Rakyat semasa pilihanaraya lalu.
Apakah tidak disedari agenda ini? Ia seolah-olah 'orang mengantuk disorong bantal.'
Terbaru terdengar berita ramai lagi pemimpin Angkata Pemuda PKR Selangor dijangka mengikut jejak Mohamad Ezam Mohd Nor menyertai Umno.
Sehingga semalam lapan orang termasuk Ezam telah mengemukakan hasrat mereka.
Bekas Setiausaha PKR Selangor Nazmi Rosli berkata beberapa pemimpin Pemuda negeri itu serta beberapa pemimpin bahagian berjumpa dengannya dan Ezam kononya mengadu rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan parti itu.
Kelmarin Nazmi menyuarakan hasrat menyertai Umno bersama Ezam dan enam yang lain termasuk Anuar Shaari, bekas setiausaha sulit kepada Anwar Ibrahim dan bekas Exco PKR, Khairul Anuar Ramli.