Thursday, July 12, 2007

Campurtangan Dalam Demokrasi Malaysia: Yayasan Jerman Membiayai PKR Secara Terbuka



Dalam keghairahan menyokong parti ‘underdog’ seperti PKR, ramai yang tidak menyedari bahawa ‘perjuangan’ yang dilaungkan sebenarnya dikuasakan daripada pembiayaan pihak luar yang mempunyai agenda terselindung terhadap Malaysia dan agama Islam. Di antara organisasi luar itu termasuk Frederich Nauman Foundation (FNF) yang menaja Parti Keadilan Rakyat melalui program Menjana Tenaga Kemenangan (MTK) anjuran Parti Rakyat Zon Selatan di Air Keroh, Melaka pada 10-11 Mac, 2007.


Frederich Nauman Foundation menaja Kelab Anwar Ibrahim dengan pembiayaan bagi menghidupkan blogger-blogger yang dijanakan pemaju/hos web, “Blog Bugs”. Di antara yang paling ketara ialah, blog Merpati Jingga kepunyaan Faisal Mustafa (AJK Angkatan Muda PKR) mendapat wang tunai RM10,000 daripada FNF untuk pembiayaan blog itu.


Sememangnya tidak salah bagi mana-mana pihak mendapat bantuan pembiayaan bagi menghidupkan apa jua bentuk media alternatif atau rasmi, tetapi yang menjadi persoalan ialah pembabitan pihak luar yang jelas mempunyai agenda negatif terhadap Malaysia dan agama Islam walau secara terus ataupun tidak.

FNF turut memberi bantuan kewangan kepada blogger Jeff Ooi (Screenshots) dan Raja Petra Kamaruddin (Malaysia-Today).