Monday, July 16, 2007

Laman Web Kerajaan & Pelacongan Negeri Kedah Diserang 'Hackers'



Perkembangan terbaru, laman web rasmi kerajaan negeri Kedah yang juga merangkumi web pelancongan negeri itu telah diserang oleh 'hackers'.

Serangan tersebut telah menyebabkan maklumat dan kandungan lain dalam laman web itu menjadi pincang dan kucar-kacir. Si 'hacker' yang jelas berjaya membolos masuk dengan begitu mudah ke server laman tersebut telah meninggalkan namanya di seluruh pelusuk rangkaian muka-surat laman. Identiti yang digunakan 'hacker' tersebut ialah 'prem7pun!sher'.

Pemantauan blogger ini ke laman web itu hari ini mendapati serangan tertumpu kepada bahagian maklumat pelancongan sementara maklumat mengenai kerajaan tidak terjejas. Pentadbir web laman rasmi tersebut seolah-olah sedar akan serangan itu kerana muka depan laman rasmi, iaitu www.kedah.gov.my masih tidak menjadi mangsa dan pautan ke bahagian pelancongan tidak lagi wujud.

Perkara ini dianggap serius memandangkan Kedah akan meraikan tahun pelancongan secara besar-besaran pada 2008. Jika daripada sekarang masalah ini tidak ditangani, apa akan jadi kerana acara besar sebegini memerlukan 'headstart' bagi memastikan publisiti meluas.

Insiden ini juga menimbulkan persoalan samada pihak kerajaan negeri mampu menghoskan laman web sendiri wahal komitmen daripada semua kakitangan terbabit amat perlu, terutama daripada aspek sekuriti.